CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, January 26, 2010

Salahkah Mahasiswa...??

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa negara ini tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mereka.

Demikian kenyataan media SMM kepada Harakahdaily hari ini berhubung tangkapan sembilan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semalam.

Menurut kenyataan itu, seluruh mahasiswa IPTA semalam telah melakukan perarakan aman menuntut demokrasi bersih (walk for democracy) bermula dari Dataran Merdeka sehingga pusat membeli belah Sogo sekitar jam 10.30 pagi hingga 1 petang.

Perhimpunan tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati mahasiswa Malaysia ke atas pencabulan demokrasi kampus dan hak-hak mahasiswa.

Kenyataan itu menambah, mahasiswa turun untuk memberitahu kepada rakyat bahawa suara mahasiswa selama ini tidak didengari malahan dianggap rendah oleh pihak pentadbiran universiti yang melibatkan hal Ehwal Pelajar hampir di semua kampus.

Mahasiswa kecewa dengan tindakan tidak profesional terhadap kekasaran polis serta tindakan provokasi mereka sehingga menyebabkan sembilan orang mahasiswa ditangkap dalam perarakan berkenaan.

Dalam tangkapan tersebut juga, mahasiswa beranggapan tindakan polis melambatkan pembebasan mereka semalam sebagai satu tindakan yang tidak adil, seolah-olah mahu menyeksa mereka di dalam lokap lebih lama.

Mereka ditahan pada pukul 1 petang dan dibebaskan selewat jam 12 tengah malam. Tempoh itu sangat lama dan keadaan ini telah memberikan tekanan kepada tahanan.

Bagi SMM, polis juga dianggap tidak amanah dan telah menyalahgunakan tugas sehingga menghalang peguam untuk berjumpa dengan tahanan sedangkan di bawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah, mahasiswa berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka untuk berjumpa.

“Oleh yang demikian, kami di peringkat mahasiswa ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa Malaysia tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mahasiswa,” ujar SMM dalam kenyataan itu. ~sumber akhbar~


*************************************************************************************

Assalamualaikum wbh..

Sekadar muqaddimah apabila kita menghayati hadis Nabi SAW yang bermaksud: " Katakan kebenaran biarpun pahit" . Inilah di antara maksud sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan tentang kebenaran itu amatlah pahit dan menyampaikannya juga amatlah pahit dan susah. Biar apapun cabarannya dan sehebat manapun rintangannya, peringatan ini dari Junjungan Mulia al Rasul mesti menjadi panduan untuk kita semua yang mengaku beriman kepada Risalahnya dan kebenaran ajarannya yang bersumberkan Wahyu Ilahi.


M
aka dengan berbekalkan semangat untuk mendapatkan hak kebenaran dlm pilihanraya kampus yg lebih adil, baru-baru ni (sabtu lepas) bertempat di dataran merdeka KL telah diadakan satu demonstrasi aman anjuran SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) & GAMIS yg dinamakan Walk for Democracy..penganjuran demo ni bertujuan untuk menuntut 2 tuntutan mahasiwa iaitu menuntut sistem pilihanraya kampus yg adil dan telus daripada pihak pentadbiran kampus dan juga untuk memberi cakna kepada massa setempat bahawa suara mahasiswa di ambil remeh oleh pentadbiran university.


Walk for democracy ini berjaya mengumpulkan ramai mahasiswa di setiap kampus di Lembah Klang. Perarakan yg sememangnya dibuat secara aman ini telah “digangu” dan "dimanipulasi" oleh pihak polis yg sentiasa “tegas,adil,berhemah”..=P..mahasiswa ni berkumpul bukan nak menjatuhkan pihak pentadbiran university atau nak susahkan polis datang kawal mahasiswa ni..mahasiswa ni tahu la yg uncle-uncle polis ni banyak lagi kerja nak dibuat. so xpayah la kot nak “kawal” & suraikan mhsiswa ni..mhsiswa ni kan golongan yg berintelektual..bila dah mulakan sesuatu, mestilah pandai jg mengakhiri sesuatu..pandai2 la mhsiswa ni nak balik nanti..tp xpela, uncle polis..mhsiswa sgt memahami uncle-uncle polis yg berkerja mengikut arahan..bak kata kumpulan lawak SENARIO “bertindak mengikut arahan!”. Tp arahan dari siapa yek??huuhuu..

sedikit perkongsian gambar2 yg sempat di ambil: ..


(ada lagi gmbr dlm kamera yg xsempat nk transfer..nantikan gmbr yg lain..huhu=)



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Herbert Spencer said : "Next in importance to freedom and justice is popular education, woithout which neither nor justice can be permanently maintained" ...hmmm popular education=demonstration=walk for democracy??huhu..student POWER!! (^_^)


1 comments:

istisyhad said...

Salam mahabbah kak ain..
Sebelum terlewat, hepi belated birthday...
semoga penambahan usia seiring dengan penambahan dan peningkatan hubungan dengan Allah serta perjuanganNya...

By d way, walaupun negara kita mengamalkan demokrasi, namun kadang-kadang kita telah diperbodohkan oleh pihak-pihak bongkak yang takut pada kekalahan. Natijahnya... demokrasi hanya tinggal pada nama.

sesuatu yang tidak adil apabila dengan gahnya pihak-pihak tertentu mengatakan kita mengamalkan demokrasi, namun dengan tindakan pengecut mereka, siapa yg bersuara tidak selari dgn kehendak mereka akan disumbat ke lokap.

Sori, emosi siket. Hehe.. Penat dah tgk PRK yg ntah ape2 ntah.
hehe..

-keranaMu Allah kami berjuang..-