~Insan dhaif pencinta ilmu diberi nama Nur Ain Shaharudin dilahirkan dari perut mak tercinta & diiqamatkn ayah tersayang berasal dari Klang,Selangor..
~Pencinta ilmu yg sentiasa dahagakn ilmu kini menuntut ilmu di UIAM dlm jurusan Human Science (majoring History & Civilization) I'Allah..
~Daiyatullah yg dlm proses pentarbiyahan dri & mentarbiyah..
Dua insan tersayang dlm hidupku..En Shaharudin, ayah tersayang yg bersusah payah membesarkanku..mak tercinta, Pn Mariyani yg banyak berkorban untukku..kasih sayang kalian x ternilai..Ya Allah sejahteraknlah keduanya di dunia & akhirat..LUV MY MUM & DAD!
My Big Family (^_^)
Rintihanku
Ya Allah, jadikanlah aku hambaMU yg selalu berdoa kpdMU dgn setulusnya ketika dlm keadaan tenteram sebagaimana tulusnya doa orang2 yg terpaksa kerana berada dlm kesempitan..
SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN
Doa yang diminta oleh seseorang insan kepada ALLAH SWT hanya akan dimakbulkan samada secara segera atau bertangguh dengan berdasarkan syarat tertentu, antaranya yang utama ialah :
1. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat ketika berdoa.
2. Menepati adab-adab serta rukun-rukun berdoa.
3. Melakukan kebajikan sebelum dan selepas berdoa.
4. Menyakini kepada ALLAH SWT bahawa setiap doa akan diperkenankan oleh ALLAh samada secara segera atau bertangguh. (ALLAH SWT itu Maha Adil)
5. Berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau untuk melakukan penderhakaan kepada ALLAh.
6. Bukan berdoa terhadap perkara yang mustahil diperolehi.
7. Hendaklah sentiasa melaksanakan segala tuntutan dan suruhan ALLAH SWT.
8. Sentiasa menjauhi segala maksiat atau tegahan ALLAH SWT.
9. Meyakini kekuasaan serta berdoa penuh ikhlas kepada ALLAH SWT.
10. Berusaha serta berikhtiar selaras dengan apa yang disoakan, misalnya: seseorang yang memohon supaya dilapangkan rezeki mestilah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal semampu mungkin dan berdoa serta bertawakal tanpa rasa putus asa.
11. Permohonan itu hendaklah dihadapkan dan dituntut daripada ALLAH SWT semata-mata.
12. Berdoa kearah melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran
0 comments:
Post a Comment