CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, March 16, 2011

RaPuH



Assalamualaikum wbh.

Salam Mahabbah kepada semua pembaca. Moga kalian terus berada dalam payung rahmatNYA.

Kali ni, sekadar nk kongsikan sebuah lagu dimana liriknya sangat menyentuh hati nurani. Lagi2 bila mengenangkan betapa banyaknya dosa2 ini pd Sang Pencinta..

RAPUH. Begitulah tajuk lagu yg dinyanyikan oleh seorang penasyid dari Indonesia.



Mesej lagu yg dibawa merupaka elemen terpenting bagi seseorang yg berdakwah melalui wasilah ini seperti Opick.




Sama2 lah kita menghayatinya. "Mendengar dengan hati"..

Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang

Suka dan duka tangis dan tawa

Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi

Hadir bagai teman sejati

Di antara lelahnya jiwa

Dalam resah dan air mata

Kupersembahkan kepadaMu

Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah

Kadang tak setia kepadaMu

Namun cinta dalam jiwa

Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati

Tak sempurna mencintaiMu

Dalam dadaku harap hanya

DiriMu yang bertahta


Detik waktu terus berlalu

Semua berakhir padaMu



Thursday, March 10, 2011

Come Back!


Assalamualaikum wbh.

Alhamdulillah, dengan izinNYA dpt jua jari ini menari di pentas keyboard untuk memanaskan kembali dunia blog aku yg dah lama beku ni. Dan ianya perlukan rawatan segera ni. Istiqamahlah wahai aku.........



Jujurnya, x tahu nk post ape. Sekadar nak update blog ini agar tak " x telan dek panas, x lekang dek hujan" (erkk! betoi ka istilahnya tu.huhu)


Bila enjin dah panas, baru syok nk masuk gear mulakan perjalanan. Begitulah kiasan utk aku mulakan kembali dunia penulisan atau mungkin dunia dakwah di alam maya ni.

Ah, xnak citer panjang2. Biar ringkas namun padat. Macam iklan MILO pack tu.



Kalini, aku nak cuba dengan gaya penulisan yg sedikit berbeza dgn sebelum ni.(ah, retorik betol la aku ni!) (Cis, kau negative mind, gi la main2 jauh, jgn kacau minda positif aku).huhu.
OK, TOWARSD AN OPTIMIST MIND & ACTION!




Semoga Allah terus mengurniakan sedikit kekuatan pdku dan ilham untuk terus berblog. Dengan rahmat kasih sayangNYA jua setiap perkara itu berlaku. Tanpa semua itu, aku xkan ada daya di saat ini untuk melaksana & menulis. Bak kata kumpulan Raihan, "ucaplah Alhmdulillah, syukur kita kpd Allah"...
Kepada semua sahabt2 seperjuangan & pelawat blog ni yg x jemu2 melawatnya, sila jgn jemu dan terus bg sokongan kpd aku samapi aku dapat anugerah Penulis Blog Terbaik Asia.wahaha.. (Allah, niat tu cbe btolkn!!) Pesanan aku untuk diri sendiri yg penuh lemah ini dan jg utk yg tgh baca ni, buatlah semuanya kerana Allah. I'Allah moga2 ada sedikit keberkatan dlm setiap amalan. Ermm doakan aku ea!


(Allah, kucing pon nk berdoa jgk. kita manusia??)

“Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu.”(Al-Mu'min:60)

Ok, setakat ini dahulu untuk kali ni. Semoga dipermudahkan urusan dlm setiap urusan kalian..=)

Assalamualaikum wbh.



~jalan-jalan cari ilham~

Tuesday, September 7, 2010

Masjid oh Masjid

Alhamdulillah, umat Islam kian memasuki fasa terakhir Ramadhan. sudah pastinya pelbagai persiapan raya sudah dibuat.Pelbagai tempat tempat utama di Malaysia menjadi penuh dan sesak dgn orang ramai. Pusat2 membeli belah pastinya sudah dipenuhi dgn pelanggan, bazar-bazar ramadhan kian dpat keuntungan hasil jualan 28 hari berniaga dlm bulan ini. Stesyen-stesyen bas, feri, KTM kian sesak dipenuhi penumpang yg mahu pulang ke destinasi masing-masing. Semua tempat-tempat ini menjadi tumpuan utama ketika musim perayaan hari raya umat Islam. Tetapi bagaimanakah dgn satu tempat ini??


Penuhkah ia dgn orang ramai seperti di hari pertama Ramadhan?
Sesakkah ia dgn orang ramai seperti minggu awal Ramadhan?
Meriahkah ia dgn orang ramai seperti dalam bulan Ramadhan?




Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Semoga pengimarahan masji2 dan surau mnjadi semakin dihayati oleh setiap muslim. Lazimkan amalan beriktikaf di masjid seperti amalan Rasulullah Saw. Jangan jadikan bulan ramadhan sahaja tempat2 ini dijadikan tumpuan, malah Istiqamahla untuk beribadah & beraktiviti di masjid mahupun surau-suran kerana tempat ini merupakan medan penyatuan ummah untuk semua aktiviti yang berlandaskan syariat. Bukan semata-mata untuk melakukan solat sahaja. Selamat menjalankan ibadah! Ayuh, fastabiqul khairat! =)




CUITAN KATA PENCINTA ILMU > surau kt kawasan umah dah renovate. harapnye jemaahnye pon "renovate" semangat utk terus mengimarahkannya.. (^_^)

AduHai PeNgunJUNg bLog yG seTia



Assalamualaikum wbh. Sudah lama jari ini tidak mengetuk keyboard laptop utk mengemaskini blog ini. 1001 perasaan terbit di hati ini, gembira, sedih, kekok, teruja, malas, simpati, bersemangat dan macam-macam lagi la.
Maklumlah bile sesuatu perkara yg kita selalu buat, tp ditingalkan begitu shj akan mnjadi "asing" bila nak perbaharuinya kembali.
Disinilah pentingnya kita sedar bahawa bukan senang untuk ISTIQAMAH dan tak susah nk TAJDID kembali asalkan rasa cinta kepada penulisan itu ada! Yang penting kecintaan kpd dunia dakwah melalui alam maya.
Sebuah peringatan khas untukku dan semua pengunjung setia blog ini (masih setiakah ke pengunjung setia tu?huhu)
Terima kasih kpd semua yg selalu singgah ke teratak usang ini.
Maafkan empunya blog ini sebab setelah sekian lama tak update. Maaaf tau.




Semoga Allah kurniakan kekuatan kpdku untuk terus berblog.

Yeahh ain! Chaiyok2!!

CUITAN KATA PENCINTA ILMU > bile dah rase bersalah tu, kne la perbaiki diri. kne bertaubat!

FuHH !

ehem.. ehem.. testing testing testing.. fuuhhhhhhhhhhhh.. bersarang dah blog ni! banyak habuk!




>>>>>>>>>>>> CLEANING IN PROGRESS<<<<<<<<<<<<<<

Thursday, May 20, 2010

SINERGI KELUARGA BAHAGIA DI PULAU PINANG


Mengendalikan keperluan kerjaya dan rumahtangga merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh kita semua. Sama ada di peringkat mencukupkan keperluan asas, hingga ke peringkat kepakaran kita yang diperlukan oleh orang ramai, kesemuanya menyumbang kepada perebutan masa, fizikal, minda, emosi malah spiritual individu. Sebahagian manusia beralah dan mula mempercayai bahawa mereka perlu memilih salah satu daripada keduanya. Mustahil untuk kerjaya dan rumahtangga mampu berjalan seiringan.

Hakikatnya, kerjaya dan rumahtangga, kedua-duanya terbina di atas kualiti MANUSIA sebagai kausa prima. Sejauh mana kita berjaya mengurus dan mengoptimumkan kemanusiaan diri, di situlah kunci kejayaan berada. Dukunglah nilai yang sama pada melihat potensi dan cabaran di tempat kerja, sebagaimana juga di dalam keluarga, nescaya kerjaya menyumbang kepada kualiti hidup berumahtangga, dan rumahtangga pula menyumbang kepada kecemerlangan kerjaya. Beruntungnya kita, ISLAM bukan sahaja menyediakan nas dan teori sebagai rujukan asas, malah Sirah Nabawiyyah dan legasi para ilmuan turut menyediakan pelbagai panduan praktis untuk diadaptasikan ke dalam kehidupan semasa.

Menyuntik nafas baru kepada legasi Islam, dan menyaring pakai berteraskan Islam legasi kajian semasa di Timur dan Barat, adalah kepakaran Jurulatih Utama program ini, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Seorang anak, suami, bapa, pendakwah, blogger dan kolumnis majalah sepenuh masa, beliau melengkapkan kesibukan dan cabaran kehidupan dengan beristerikan seorang doktor pakar di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Islam tidak dihuraikan secara teori semata malah disampaikan dengan mengambil kira realiti kehidupannya sendiri yang berada di kemuncak permintaan.

Aku Terima Nikahnya (2008), Bercinta Sampai ke Syurga (2009) dan terkini Murabbi Cinta(2010), adalah tiga buku karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang sudah terjual melebihi 50 ribu naskhah.

Seminar Sinergi Keluarga Bahagia adalah modul yang memindahkan segala panduan yang terdapat di dalam karya-karya itu tadi kepada sebuah model pengurusan kerjaya dan rumahtangga untuk dimanfaatkan bersama oleh orang ramai. Jemput hadir beramai-ramai ke program ini. Ia medan anda melihat kerjaya dan rumahtangga dengan pandangan paling optimis tatkala kedua-duanya dipandang daripada pandangan Pencipta kehidupan yang Rabbani.

Pembayaran boleh dibuat secara bank in ke akaun:

Maybank 562674 203481 (Atas nama: SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY)

Slip pembayaran, mohon diemel ke alamat

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi:

ENCIK ASHRAF FAUZI
Wisma NZA, Lot 11,
Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman,
68000, Ampang, Kuala Lumpur.
Tel : +6 013 300 5169
Fax : +6 03 4260 4241
Web (Main) : www.saifulislam. com
Web (Company) : www.stc.my



--
AHMAD ASYRAF SHARI
Master Apprentice,
ICMIC-UniKL Academy Sdn Bhd
www.ulumcordova. com

cuitan kata pencinta ilmu > "keluarga bahgia ummah sejahtera" =)

Monday, March 15, 2010

GRAND MUNAJAT







ASSALAMUALAIKUM WBH..





THERE WILL BE HELD A GRAND MUNAJAT FOR FINAL EXAM..




.:ORGANIZED BY SULTAN HJ AHMAD SHAH MOSQUE, IIUM.:


.:COLLABORATION WITH: ~SRC~MA'RUF CLUB~LAWSOC~IRKHSS~ENGINIUS~ARCHIMIC~ELITS~JKQ~:.





THE DETAILS AS FOLLOW:


DATE : 18-19 MARCH 2010


TIME : 7.OOPM-7.00AM


TENTATIVE : IFTAR JAMAIE, SOLAT HAJAT, TADARUS, TALK BY BRO SHAH KIRIT, QIAMULLAIL, DISPERSE.


~ALL IIUM COMMUNITY ARE KINDLY INVITED~ =)



CUITAN KATA PENCINTA ILMU : do come & join us! fastabiqul khairat..(^_^)