CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 24, 2009

Al-Ghurur : Waspada Para Daie!

Salam juang & slm mahabbah buat para bloggers mahupun visitors sekalian..kali ni pencinta ilmu nk bawakkan satu artikel menarik dari seorang shbt..artikel ni mmg "hempap kepala" pencinta ilmu..jom sama2 lah kta renungkan & muhasabah diri bersama.. Buka hati, buka minda..

Al-ghurur (tertipu dengan diri sendiri) dalam etimologi bahasa membawa makna yang sama dengan al-khida’ iaitu penipuan, pada diri sendiri atau orang lain. Dari Istilah pula membawa definisi kekaguman ‘amilin pada diri sendiri hingga ke tahap menghina atau memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain.



Dalam bahasa mudah, satu sifat atau cara berfikir atau cara bertindak yang merasakan dirinya hebat sedangkan orang lain lekeh di pandangannya, berkaitan juga dengan sifat egoistik dan al-‘ijab binnafsi (ujub/hairan pada diri sendiri). Pendek kata, usaha orang lain dipandang pesimis sedangkan pandangannya dan ideanya di lonjakkan atau dilebih-lebihkan (exaggerate). Kononnya hanya pandangannya sahaja yang betul,yang lain salah dan yang lain lemah. Lantas bertindak membuat provokasi dan menanamkan ciri-ciri inferiority complex kepada orang lain.Bagi para daei,sifat ini amat signifikan untuk dihalang dari menguasai fikrah, mantaliti, dan tindakan dalam gerakkerja,kerana ia mampu merosakkan kesatuan dan kekuatan kolektiviti dalam berorganisasi.

Dari konteks yang lebih luas, jika kita berada didalam organisasi, kita memandang organisasi kita adalah yang terbaik, terbagus tanpa kita melihat kepada aspek-aspek penyempurnaan yang belum terlaksana. Contohnya persoalan yang ditimbulkan dalam kerangka politik, gerakan Islam memperjuangkan untuk memenangi pilihanraya namun bagaimana dengan pengisiannya jika diberi kemenangan? Bagaimana nasib artis, bagaimana konsep kehakiman negara dan lain-lain? Untuk mengelakkan kita terjebak dengan al-ghurur, isu ini perlu diperbincangkan dan di ‘brainstorm’. Namun,saya meyakini kepimpinan yang ada sudah merangka strategi yang jelas untuk perancangan forecasting nanti.

Apa punca dan sebab timbulnya sifat al-ghurur ini?

1) Lalai untuk mengkaji dan memuhasabah diri.

Kegagalan seseorang untuk melaksanakan proses muhasabah atau check and balance dalam diri sendiri boleh menjadi pemangkin tumbuhnya gejala al-ghurur dalam diri.Bahkan Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menggariskan ujub dan takabbur antara sebab yang menimbulkan perasaan Hasad dengki (P.H.D), dan tentunya akibat gagal memuhasabah, timbulnya ujub dan takabbur.

Bila gagal mengkaji diri, timbul sikap suka memperlekehkan orang lain,dan memperkecilkan usaha orang lain yang membuat usaha yang sama sepertinya. Orang lain buat tak kena itu, tak kena ini, ada sahaja yang tak kena baginya. Jiwanya dan pemikiran sentiasa bertindak dengan minda kritikal tidak bertempat, diwakilkan dengan topi hitam, yang berciri kritikal sepanjang masa (6 Hat’s Thinking Theory from Edward de Bono/Teori 6 topi berfikir). Fathi Yakan menyatakan dalam buku ‘Golongan tercicir’, antara sebab keciciran yang berpunca dari diri individu ialah tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri. Ingatlah juga peringatan Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 18.Amalan muhasabah cukup signifikan kerana Rasulullah SAW mengisyaratkan dalam hadith yang berbunyi : “Orang yang berakal ialah orang yang sentiasa memperhitungkan dirinya dan mengerjakan amalan-amalan untuk bekalan mati” (Tirmidzi). Dengan kata lain dari hadis ini, orang yang tidak bermuhasabah ialah orang yang tidak berakal.Saidina Umar juga menyebut iaitu “hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung dan timbangilah dirimu sebelum kamu ditimbang. Dan bersedialah kamu untuk menghadapi pengadilan yang maha besar”.Bahkan nama-nama besar dalam Islam seperti Umar Abdul Aziz juga sentiasa berbicara tentang kematian dan hari pembalasan. Mengenangkan hari al-hasyr wal jaza’ kelak.


2) Lalai atau enggan menerima bimbingan.


Islam menggalakkan konsep ‘tawasaubil haq wa tawasaubis sabb’ iaitu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Bahkan Nabi SAW juga menegaskan bahawasanya agama itu adalah nasihat.Apabila simpstom al-ijab binnafsi mendominasi sifat seseorang, ia akan menghalakannya kearah sifat al-ghurur. Kerana itu al-ghurur juga menjadi sebahagian ciri ego, menjadikannya bersifat ananiyyah dan tidak mahu mendengar pandangan, teguran serta bimbingan orang lain. Pandangan orang lain,padanya simplistik.Bahkan individu hebat seperti Abu Bakar r.a dan Umar r.a juga membuka ruang kepada orang lain memberi nasihat dan bimbingan kepada mereka,walaupun mereka sahabat utama Nabi, walaupun mereka yang terjamin jejaknya di syurga. Seperti kata Abu Bakar : “Jika aku betul,maka tolonglah aku.Jika aku salah maka betulkan aku”. Sahabat nabi yang mulia ini pun rela ditegur,dibimbing dan dinasihat, apatah lagi kita insan yang terdedah dengan kemaruk kemaksiatan di merata-rata, harus lebih terbuka mendapatkan bimbingan orang lain untuk mengelakkan penyakit al-ghurur.Konsep ‘memberi’ dan ‘menerima’ perlu wujud untuk membentuk diri daei yang lebih mantap, seperti kata pepatah Inggeris “What you give,you take back”.Bahkan dalam konsep yang disebut oleh Stephen R.Covey iaitu “Seek to understand then to be understood” iaitu bersedia untuk memahami jika mahu difahami orang lain, juga boleh dipraktikkan. “Put yourself in their shoes” juga keperluan penting bagi daei dengan syarat, kita sedia di bimbing dan di nasihati, harus ada sikap ‘bersedia dibimbing untuk membimbing’.







3) Tasydid atau keterlaluan dalam agama.


Keterlaluan dalam memahami dan melaksanakan tuntutan agama juga menjadi penyebab lahirnya penyakit al-ghurur. Pada mereka (golongan al-ghurur), orang disekeliling terlalu bersifat sederhana dan mengambil pendekatan moderate, lantas mengatakan sahabat disekeliling tidak serius dan mengabaikan tugas dalam jalan Allah. Lalu,diperkecilkan usaha orang lain disebabkan mereka tidak memahami nature agama itu sendiri. Rasulullah SAW sendiri menegur 3 orang sahabat yang tidak mahu berhenti beribadat, tidak mahu berbuka dan tidak mahu berkahwin semata-mata kerana teruja dengan ibadah Rasulullah SAW.Realiti masyarakat Islam kini, berlaku juga amalan keterlaluan dan perbuatan bersifat takalluf (memberatkan) sedangkan Islam datang dengan mudah dan moderate. Contohnya amalan golongan tarikat dan golongan tasawwuf yang melampau. Golongan ini yang menolak konsep ibadah khusus seperti menyatakan solat cukup hanya dengan niat, puasa tidak wajib dan lain-lain jelas bertentangan dengan hukum Islam. Kebergantungan kepada sheikh atau tuan guru tarikat hingga menafikan kebergantungan dan ubudiyyah kepada Allah SWT turut menjejaskan aqidah umat Islam kini.Sejarah Ikhwanul Muslimin juga menukilkan, ada golongan yang merupakan organisasi tahalluf IM iaitu Gerakan pemuda Mesir yang tidak memahami konsep tauhid hakimiyyah yang diperkenalkan oleh Syed Qutb dalam kitabnya Ma’alim Fitthariq dan mengambil tindakan isti’jal dan tasydid. Ketidakfahaman mereka dalam menafsirkan Islam secara betul mendorong tindakan mereka membakar dan merosakkan pusat-pusat hiburan di Mesir dan ia menjadi batu loncatan untuk kerajaan mesir mengemukakan pertuduhan kepada IM dan Syed Qutb. Akhirnya,Syed Qutb syahid di tali gantung. Bahkan Hasan Hudaibi juga mengeluarkan buku Duat la Qudhah sebagai refleksi kepada fenomena melampau yang dilakukan oleh puak Takfir wal hijrah.Dalam kitab Al-Mutasaqitun ala thaqiruddakwah, Ustaz Fathi Yakan juga menggariskan sifat keterlaluan juga menjadi sebab keciciran seseorang daei, berpunca dari individu itu sendiri. Islam datang dalam bentuk azimah dan rukhsah,maka fahamilah islam, janganlah terlampau takalluf juga jangan terlampau ta’assuf. Jangan kerana kepentingan sendiri ,yang haram menjadi halal dan halal menjadi haram, kerana konsep ‘the ends justify the means’ kelolaan Nicollo Micheavelli bertentangan dengan asas usul fiqh “Al-Ghayah La Tubarrirul wasilah” iaitu matlamat tidak menghalalkan cara.







CUITAN KATA PENCINTA ILMU > tertarik sgt dgn artikel ni..mmbuat diri terdiam dan terfikir sejenak..lantas hati berzikir Astaghfirullahal a'zim..adakh sifat ini dlm diriku?adekah sifat ini dlm dri kte yg kononnya mengaku bgelar daie? same2 la kte muhasabah dri kembali..Allah suke pd hmbaNYa yg sering bertaubat..jgnlah kte ego mgatakn diri sempurna dr org lain..sama lah saling ingat-mengingatkan..watawa saubil haqq, watawa saubil sobr.(",)

Monday, May 11, 2009

Emak, Ummi, Mama, Ibu, Mother....



Assalamualaikum wbh..sempena 11 Mei yg merupakan Hari Ibu Sedunia ni pencinta ilmu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua insan yg telah bergelar ibu, emak, ummi, mama, mummy,dll. Terutamanya buat emakku yg tersayang, Pn Mariyani bt Mohd Salleh..Terima kasih mak atas segalanya..dan juga terima kasih ayah atas segalanya..dikaulah ratu hatiku..

Sebenarnya bukanlah 11Mei shj diperuntukkan utk ibu kita,mahupun Jun nnti utk hari bapa, tapi setiap hari adalah hari istimewa bagi mereka. Setiap hari adalah hari mereka utk kita dan hari kita utk mereka. Hargailah mereka setiap hari..=)

Kronologi Peristiwa Sepanjang Hayatku (sehingga 21 tahun) :

1 tahun : belajar berjalan..mak xjemu2 mengacahku utk terus menguatkn kaki ini berjalan..

2 tahun : aku mula berhenti menyusu badan..tiap2 mlm mak bangun bancuh susu utkku..

3 tahun : aku diserang sakit lelah..mak x letih bwkku gi hospital ambk ‘gas’..

4 tahun : aku main ‘masak2’ & dibuli..mak tenangkanku & bg semangat “ain kne kuat!”

5tahun : aku dpt rantai leher dari mak & terhilangkannya..mak carikan rantai tu smpai jmpa..

6 tahun : aku teruja masuk tadika..mak bangun awal2 siapknku & adik2..

7 tahun : aku masuk darjah satu..tiap2 hari mak teman tunggu naik bas wlupun panas terik..

8 tahun : aku dapat top 3 dlm kelas..mak korbankan masa gi tengok mjlis anugerah pelajar cmrlang tu..

9 tahun : aku demam panas seminggu..mak x tidur mlm jaga aku..

10 tahun : aku terpilih jadi pengawas sekolah.. mak jahitkan lagi baju seragam pengawas wlaupun baju sekolah putih dah siap terjahit awal.

11 tahun : aku mula naik basikal gi sekolah..mak selalu betulkan rantai basikal yg longgar klau rosak lepas balik sekolah..

12 tahun : aku exam psra & upsr..mak x henti2 bg nasihat & doaknku..

13 tahun : aku nak masuk SMATH..mak sanggup gi pejabat JAIS wat rayuan..

14 tahun : aku punya birthday serentak dgn eidulfitri..mak buatkan kek & jamuan raya utkku..

15 tahun : aku dapat adik bongsu baru..mak tetap masakkan utk kami ble balek dr hospital..

16 tahun : aku punya hari kad laporan sekolah..mak tetap korbankan masa wlupun ada mslh ckit kt rumah..

17 tahun : aku menduduki spm..mak selalu bg perangsang utk berjaya & selalu buatkan ‘air penerang hati” utkku..

18 tahun : aku berjaya masuk ipta(asasi uia)..mak teruja siapkn segala keperluan utkku & buat jamuan doa selamat utkku..

19 tahun: aku kemalangan jatuh motor..mak urutkan kaki, sapukan ubat..

20 tahun : aku gi Kelantan 2 minggu ( pertama kali jauh dgn mak ayh) dan tiap2 hari dlm tempoh tu aku sgt merindui mereka..mak xjemu2 telefon tanya kabar & keadaanku

21 tahun hingga umur yg tak ku tahu hayat hidupku sampai bila : aku xtahu sempatkah utkku mmbalas segala jasa & pegorbanan yg mak lakukan utkku sjakku dlm kandungannya..

“Ya Allah panjangkanlah usiaku dan usia mak ayahku agar dpt ku mmbalas segala jasa mereka dan mmbahagiakn hidup mereka sepanjang hayatku..Dan Kau panjangkan jg usia semua ibu ayah ddunia ini agar dapat mereka menikmati erti kebahagiaan yg sebenar brsama anak2nya”





CUITAN KATA PENCINTA ILMU > SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU..=)

Tuesday, May 5, 2009

My Major............

Assalamualaikum wbh..salam imtihan buat yg sedang dlm final exam dan salam hormat buat semuanya..Alhamdulillah setelah melalu ifinal exam sem2 2008/2009 kini pencinta ilmu melalui sem 3 atau lebih dikenali dgn “short sem”..semester yg sememangnya sgt pendek tempohnya dan credit hour yg pendek ttpi memerlukan usaha yg lebih @ 2 be more struggle for d short sem..

Untuk entry kali ni, pencinta ilmu nak tukar jap kata diri jadi “aku”..bukan pe, entry kali ni lebih kepada luahan perasaan..huhu..harap pembaca sekalian leh terima..=)..Hrmm setelah berkali2 nak berfikir utk ak ambil sh.sem ke x akhirnya Allah menurunkan ilhamNYA melalui gerak hatiku utk aku ambil sh. sem kali ni..ditambah dgn saranan parents yg menyokong kuat utk aku ambil sh. sem..Yaa inilah keputusanku! Muktamad! Sebarang surat menyurat tak akan dilayan..o0pss..huhu..

Maka bermula sesi adjustment subject atau add drop ni sejak isnin 4 Mei semalam..sebenarnya aku juz ade subjek Tilawah 2 yg sememangnya xde credit hour..subjek Mass Communication yg ake reserved xdpt..xpla, tilawah ni belajar dgn ikhlas utk dapatkn ilmu yg akn dipelajari, bukan exam semata..isyy tp xkan aku nak ambik subjek ni je masa sh.sem ni? Macam rugi masa n duit la plak..klau mcmtu lebih baik xyah ambik sh. sem , tolong parents kt umah..huhu..Hrm tp aku tau Allah itu Maha Adil lg Maha Penyayang pd setiap hmbaNYa…Alhamdulillah tadi aku berjaya dpt add subjek comm ni sebab ade sorang member drop subjek ni n aku pun ape lg terus la add..Alhamdulillah sgt, sujud syukur ku pdNYa..

Dan Alhamdulillah sekali lg Allah turunkan rezeki dan nikmatNYA pdku..Aku berjaya declare major..MAJORING IN HISTORY AND CIVILIZATION..Alhamdulillah..namun aku macam sedih xdpt nk major yg aku nak.aku xdpt nk major in POLITICAL SCIENCE..apa yg aku impikan selama ini xdpt atas sebab2 tertentu..lantas aku cuba muhasabah diri balek..kenapa aku xdpt apa yg aku nak?? Dan aku fikiran ku terimbas pada sepotong ayat suci Qur’an dari Surah alBaqarah ayat 216 :
“….tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah Mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui.”



Thankz to Dr. Hafiz Zakaria yg ajar Intro to History =)

Yaa kini ku yakin bahwa ini adlah ketentuan dariNYa..dan mugkin majoring in history ni adlah yg terbaik utkku anugerah dariNYA..sorang sahabat yg aku respect bg nasihat, kadang2 kte nak sgt something tu, tp ia bukan ditakdirkn utk kte..hikmahnya masih lg rahsia Allah dan ain kne usaha utk mncari ape hikmah itu”..Yes! kini aku percaya once bile aku da serah form declaration major td itu adlah jalan yg telah aku pilih dan aku prlu hadapinya..Akan ku buat yg terbaik uk bidang ku ini..Man jadda wajada wa man zar’a hasoda.




Antara subjek2 dlm Major Courses aku:

Course Code
Course Title
Cr.Hours
Pre-Requisite(s)
HIST 1000 Introduction to History & Civilization
3
-
HIST 1020 Rise & Spread of Islam to 132 AH
3
-
HIST 1100 Islam in the Malay World
3
-
HIST 2010 History of Malaysia I
3
-
HIST 2110 Survey of Ancient Civilizations
3
-
HIST 2999 Research Methodology
3
-
HIST 3010 The Abbasid Caliphate
3
-
HIST 3020 History of Malaysia II
3
HIST 3010
HIST 3110 History of the Ayyubids & Mamluks
3
-
HIST 3120 Osmanli History
3
-
HIST 3150 Modern History of Europe
3
-
HIST 3250 India Under the Sultans & Mughals
3
-
HIST 3260 Colonialism in the Muslim World
3
-
HIST 3410 Islah & Tajdid Movements in the Muslim World
3
-
HIST 4070 Modern History of the Arab World
3
-
HIST 4130 Muslim Nations in Contemporary History
3
-
HIST 4150 History of United States
3
-
HIST 4420 Islamic Civilization
3
-
HIST 4820 Rise & Fall of Civilizations
3
-

Dan ada beberapa lg subjek2 optional dlm major ni..



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > x sabor nak wt field work..korek tanah cari artifact..huhu

Wednesday, April 29, 2009

Nisa' Indoor Games 2009 (NIG '09)



Assalamualaikum wbh..salam juang penuh semangat utk semua..dah lama rasanya pencinta ilmu x post semenjak final exam 18hb lepas..namun, semangat utk berblog masih kuat di hati ini..=)..


Kali ni pencinta ilmu nak berkongsi serba serba sedikit pasal program Nisa’ Indoor Games 2009 (NIG ‘09) pada hari sabtu 25 April 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Kali ni Selangor mnjadi tuan rumah selepas Nisa’ Outdoor Games kt Kelantan pd thun 2007. Antara acara yg dpertandingkan dlm NIG ni adlh snake&ladder, congkak, dam, carom, chess, dart, ceper & batu seremban..byk permainan tradisional yg dketengahkan dlm Nisa’ ni..maklumlah remaja skrg ni ramai yg xtahu main permainan tradisional..mereka lbh didedahkan dgn games yg melibatkn teknologi mcm PS atau extreme games mcm skate board..Tp alhmdulillah Nisa’ mengorak langkah mndekati golongan remaja dgn permainan tradisional mcmni d samping dpt berdakwah kpd mereka mlalui pendekatan yg santai..



Program NIG anjuran Nisa’ Malaysia ni bertemakan Permainan Untuk Semua!, ANYONE CAN PLAY! Pencinta ilmu tertarik dgn tema ni..walaupun anjuran Nisa’ tp NIG ni dibuka utk semua org tak kira berlainan jantina, agama mahupun pebezaan politik..anyone can play! Hrmm sampaikan abg2 n pkcik2 unit amal yg jd crew keselamatan pn ikut bertanding gak..=)





Utk program NIG ni mmg agk grand & meriah jugakla. Dpt sambutan dari semua kontinjen2 dari seluruh Malaysia dari negeri Perlis sampi la Sarawak..cukup korum 14 negeri utk bertanding..Pagi2 lg semua kontinjen da smpai kt Shah Alam n masing2 solat subuh n siapkn diri kt Masjid Shah Alam..




Setelah menunggu hampir sejam utk menunggu para kontinjen berkumpul kt dewan Jubli Perak akhirnya majlis NIG 2009 bermula..dimulakan dgn acara perarakan kontinjen2 dari seluruh negeri masuk ke dlm dewan..mmg meriah n happening..Perak dgn slogan “pulon perak pulon” ..kedah dgn trademark “let’s play, don’t play”, Pahang lak “apa yg penting?KERJASAMA!”..Selangor dgn slogan “Selangor boleh” dan dimeriahkn dgn paluan kompang dr kontinjen Selangor ni..dan bermacam lg slogan dr negeri lain yg mmg best n mampu menaikkan semangat utk bermain dlm indoor games ni..walapupn pencinta ilmu jadi pengadil (batu seremban)je, tp cam terasa semangat nak join main sekali..xpla, pencinta ilmu kena la jalankn amanah yg dberikn..tp bile prtandingan da habis, kami pengadil2 lak yg bertanding sesame sndiri..yela , geram, seronok n teruja lak tengok peserta main..semuanya hebat2 lak tu..=)





Akhirnya acara yg dinantikan tiba iaitu acara perasmian penutup & pengumuman pemenang indoor games..majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Dr. Halimah selaku Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi danPembangunan Modal Insan negri Selangor..KOntinjen dari Perak memenangi keseluruhan indoor games ni..syabas la di ucapkn..dan negeri Kedah lak menang kontinjen perarakan terbaik utk NIG 2009 ni..tahniah gak diucapkan..bagi pencinta ilmu semua negeri menang sbb masing2 da buat yg terbaik..mmg terer belaka la peserta2 ni..itulah hasil kerjasama n usaha gigih yg diberikan kepada nisa’ negeri masing2..antara objektif NIG ni dbuat adlah utk memperkenalkn semula sebahagian besar permainan tradisional negara kita ni..slain tu, utk memupuk semangat setiakawan, kasih saying dan kerjasama yg scara x langsung tercerna mlalui permainan ini sesame peserta..dan sudah semestinya tujuan NIG ni diadakn adlh utk NIsa’ sndiri dekat dgn golongan remaja mahupun dewasa utk menyampaikan dakwah dan informasi kpd seluruh masyarakat Malaysia..tahniah diucapkan kepada semua!





“ Al-Aqlus salim fil jismis salim”



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > PENGALAMAN YG BEGITU BRHARGA BUAT DIRIKU..

Wednesday, April 8, 2009

Disebalik Kejayaan Lelaki

Salam mahabbah fillah utk semua..suasana PRK di 3B masih lg hangat diperkatakan..kemenangan kedua-dua YB dari PR sememangnya mnjadi impian & harapan PR utk menguatkan lagi kerajaan PR di Perak & Kedah..




Pencinta ilmu berkenan la utk posting mengenai tajuk di ats tatkala melihat gmbr ceria, suka & duka Datuk Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dan isteri tercinta Datin Seri Fatimah Taat..pencinta ilmu begitu kagum melihat kesetiaan & pengorbanan seorang isteri yg sntiasa brsama dgn suami perjuangkan kebenaran pd zaman moden ini..

Datin seri Fatimah tlh mnunjukkan & mmbuktikan peranan wanita berteraskan perjuanangan Islam berada d thp tnggi..malah ianya brmula bukan pd zaman skrg ttpi sejak zaman para nabi trdahulu..lihatlah bgaimana sucinya cinta Hawa trhadap manusia & nabi terawal nabi Adam..selain tu, kita hayati kisah Khadijah Khuwailid yg mnjadi inspirasi dan tunjang kekuatan Nabi Muhammad saw dlm prjuangan nabi saw menyebar risalah Islam..

Datin seri nampaknya dipandang sebgai seorg yg mesra(sm cm YB Nizar) tulus dan mmpu utk mmberikan graf semangat yg tnggi trhadap perjuangan suaminya Datuk seri Hj Nizar..dgn semangat itulah YB Nizar bangkit dan trus bangkit mghadapi sgl mehnah & tribulasi yg melandanya..disinilah pntingnya peranan isteri dlm mnjadi sayap kiri prjuangan suami..





Pencinta ilmu perasan yg dlm setiap kali event atau peristiwa getir & penting Yb Nizar pasti akan ada dibelakangnya Datin seri Fatimah..datin seri setia menemani suami dlm penamaan calon, kempen mahupun pd hari mgundi utk brsama2 dgn Yb Nizar..dlm satu temu ramah sebuah akbar, datin seri pernah ditanya tntg prjuangannya brsama suami dan beliau mnjawab: "Alhamdulillah, saya berikan semanagt yg kuat padanya, tak patahkan semangatnya, takde kate2 -tak usahlah, biarlah-... kerna saya yakin apa yg dprjuangkannya adlh benar dan hak".


Namun walupn datin seri ni agk bz kt luar tp beliau xprnah abaikn tggungjwbnya sbgai ibu dlm rumahtangga..ini yg pnting..huhu..sibuk kt luar, tp x abaikn tggunjwb kt umah..hrmm pendek kata Datin seri Fatimah adlh insan penting disebalik kejayaan, suka duka YB NIzar..pencinta ilmu yakin semua isteri2 YB2 kt luar sane jg brsifat mcm datin seri..bkn sj isteri Yb2, isteri2 aktivis PR & ahli gerakan Islam jg bgitu..eh trtinggal lak, isteri menteri2 pn cmtu gak.huhu.




hrmm, kuasa wanita..=)


Ringkasnya, isteri yg baik n mithali tentunya akn sentiasa berusaha mmbantu & brsama2 dgn suaminya ke arah kebaikan, trmasuklah dlm usaha menegakkn islam sbgi ad-diin & dlm mlaksanakn tanggungjwb amar makru nahi munkar..isteri yg solehah akn sntiasa brperanan sbgi penasihat kpd suaminya agr sentiasa brada d landasan yg btul & xjemu2 bg semangat pd suami sprti yg dtunjukkn oleh isteri nabi2 & jg datin seri fatimah taat sendiri..semoga Allah merahmati & mmberkati semua keluarga yg brjuang menegakkan kebenaran..Wallahu 'alam..





Cuitan kata pencinta ilmu > Mampukah aku nk jadi isteri mcm mak n muslimah2 solehah y lain nanti (in future) ?? (^_^)

Tahniah YB di 3B





Salam pecinta kebenaran buat semua bloggers & pengunjung blog..
Dlm duk sibuk2 final exam pncinta ilmu pn duk sibuk2 pasal PRK d 3B iaitu Bkt Gantang, Bkt Selambau n Batang Ai..3K (kerusi) bagi 3B yg panas bagi semua org especially PM baru kita. Kena la ambk tau isu2 dlm M'sia ni..fardhu muslim utk kte tau keadaan ngra bg meneruskn dakwah..=)

PAS-1, PKR-1,BN-1..Hrmm sekali lagi PR memenangi kerusi yg dipertandingkan di 2B..menunjukkan sokongan & kepercayaan yg padu dari rakyat utk PR..dan sekali lg jg penolakan rkyat trhadap pihak BN atas "perbuatan" mereka sendiri..sprti kata seorang penganalisis politik "nampaknya telah mnjadi satu trend besar-besaran rakyat menolak komponen Barisan Nasional"

Setinggi tahniah buat YB Nizar,YB S Manikumar dan tak ketinggalan jg buat YB Malcom Musseh Lamoh..Semoga mandat yg dberi rakyat ni, dpt dilakukan dgn baik & penuh tanggungjawab utk menjaga kebajikan rakyat..Kemenangan ini adlah brsifat sementara krn kita akn dberi kemenangan yg sebenar di akhirat kelak bila mnjalankan amanah yg dberi dgn sehabis baik..xkesahlah dari parti mana sekalipun, bila berhadapan dgn masalah rkyat haruslah ditangani tanpa mengira ideologi & kefahaman yg berbeza..begitu jg dgn rakyat yg tlh memilih pemimpin kita sendiri lalui proses demokrasi ini prlulah sedar akn tanggungjwab utk memilih pemimpin yg benar2 layak dari segi kredibilitinya mahupun aspek yg lain..bersama2 dgn pemimpin yg tlh kita pilih utk menegakkan daulah Islamiah & mnjaga kebajikan & kepentingan rakyat umumnya..Allah berfirman dlm surah An-Nisa' ayat 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kpd ahlinya dan apabila kamu mnjalankan hukum di kalangan manusia, hendaklah melaksanakn hukum itu dgn adil. sesungguhnya Allah mmberi pengajaran yg sebaik-baiknya kpd kamu. sesungguhnya Allah sntiasa mendengar, lg sntiasa melihat. Wahai org2 yg beriman, taatlah kamu kpd Allah dan taatlah kamu kpd rasul dan ulil amri(org2 yg mengendalikan urusan yg terdiri drpd pemimpin dan ulama'). Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dlm apa2 perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kpd Allah (al-Quran) dan rasul (sunnah), jika kamu benar2 briman kpd Allah dan hari akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Cuitan kata pencinta ilmu > Adakah episod kekalahan ini merupakan satu permulaan utk Dato' Sri Najib memulakan "taringnya" sbg orang no 1 kt M'sia ni??(rombakan barisan kabinet baru mgkn lgkah awal beliau)Sama2lah kita nantikan..bak kata P.Ramlee dan sahabatnya "cobaan,cobaan,cobaan".. Tp ini bukan cobaan, inilah realiti yg bakal kita terima dan kita berusaha sehabis baik utk mengubahnya mnjadi yg terbaik demi Islam tercinta! (^_^)

Saturday, April 4, 2009

Epilog Silamku....


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku

Masihkah ada ampunan buatku



Tuhan...Dalam menempuh hidup
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi

Dan ada yang gagal kuhindari


Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati

Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas

Terlalu sedikit kubersyukur


Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu

Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda

Ku tetap berkasih pada-Mu

Kerna kuyakin kasih-Mu Kekal tiada sudahnya..


Ya Allah sesungguhnya diriku tak layak utk syurgaMU yg indah,
namun diriku x sanggup menanggung azab nerakaMU yg pedih,

KAU ampunkanlah segala dosa2ku,dosa kedua mak ayahku, dosa kaum keluargaku,dosa sahabat2ku,dosa guru2ku dan dosa seluruh muslimin & muslimat..
KAUlah yg Maha Pengampun.