Malaysiakini- Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.
Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.
Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.
CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Semoga keputusan yg dibuat ini dpt memuaskan hati semua pihak yg berjuang bermati-matian pertahankan isu ini..lagi bagus andainya tempoh 3 tahun dipendekkan lagi..=) Biarlah keputusan ini dibuat atas dasar mengira dan menjaga kebajikan para pelajar, bukan atas dasar politik semata.
Wednesday, July 8, 2009
PPSMI Dimansuhkan?
Posted by pencinta ilmu at 12:35 AM 0 comments
Tuesday, July 7, 2009
Duhai Diri..
tiada laluan mudah utk menuju
ke puncak kejayaan
melainkan dgn berjuta jln
beronak duri dan berliku yg telah DIA anugerahkan
buat kita insan terpilih..
Duhai pencinta ilmu,
kegagalan semalam adalah utk
menyuluh sinar kegemilangan & kecemerlangan
hari esok..
Duhai diri,
bangunlah! bangkitlah!
kerana harga sebuah kebangkitan itu
adalah lebih bernilai dari
kejayaan sejuta usaha..
(Bilakah lg, kita semua satu hatiii...
lagu tone handphoneku berbunyi menandakan mesej masuk)
Ain,
Kata sorang kawan kite kn,
"mujur Allah jadikan manusia ni
ada yg gagal & ada yg lulus..
krn yg gagal adlh orh yg sabar
dgn ketentuan padanya..
berbeza dgn org yg lulus,
hakikatnya mereka tak boleh terima
jika mereka gagal..
even dimana pun kita sekarang ni,
yg pasti kita akan melalui dua2 fasa ni..
jadi org yg pernah gagal ni sebenanrya
membuatkan kita lebih dekat dgn Pencipta
akal kita ni..
membuatkan diri kita lebih
banyak berdoa & memohon kpdNYA
utk dberi kekuatan & kecemerlangan
di masa muka..
namun, andai kita sudah berjaya,
sntiasa la bersyukur & momohon agar
kejayaan kita dpt juga dikecapi oleh orang lain"
Yes, I have to be strong!
Allah gave me difficulties to make me
stronger than before..
maybe I received nothing that I wanted,
but I received evething I needed..
Alhamdulillah, thank you Allah.

CUITAN KATA PENCINTA ILMU > yeahh ain, kuatkan dirimu! Innallaha ma'assobirin (^_^)
Posted by pencinta ilmu at 11:48 AM 2 comments
KEM BRIGED AMAL
Assalamualaikum wbh..salam juang buat semua pencinta perjuangan Islam..Alhamdulillah bersyukurlah kta atas nikmat iman dan nikmat Islam serta nikmat hidup yg telah Allah swt anugerahkan buat kita sekalian hambaNYa..baru-baru ni pencinta ilmu banyak menerima berita kematian..Kullu nafsin zaa iqatul maut..kita yg masih lg dikurniakan nikmat nafas teruskanlah hidup mengumpul bekalan seolah2 kita akan mati pada esok hari..
Untuk enty kali ni suka lah utk pencnta ilmu menceritakan sedikit pengalaman sebagai fasilitator utk program Kem Briged Amal Negeri Selangor bagi Dun Gombak Setia 2009 di Kem Alang Sedayu Gombak pada 4 dan 5 Julai 2009..ini bukanlah kali pertama pencinta ilmu diamanahkan nmjadi fasi program seumpama ini (terima kasih k.sue sudi ajak kami bertiga jadi fasi program Dun Dombak Setia ni..=)..namun pengalaman kali agak berbeza kerana kem ini adlah berbentuk outdoor..most of the activities adalah modul-modul luaran utk menguji tahap kekuatan fizikal para peserta.yela kn, name pon da kem briged amal.kena la cergas, cerdas, aktif dan produktif..oppss! huhu..namun x kurang jg aktiviti berbentuk pembinaan ruhiyyah para peserta..kira balance la program ni..syabas buat semua urusetia, pihak penganjur, perunding, jurulatih, mahupun fasilitator! Apa yg penting?KERJASAMA! (^_^)
Modul-modul yg dilakukan juga menarik minat adik2 utk terus bersemangat mengikuti program hingga akhirnya..pencinta ilmu nampak sebenranya program2 seperti ini perlulah diperbanyakkan lagi utk kita para daie dekat dengak golongan remaja yg memang sukakan aktiviti luar seperti ini..disinilah kita dapat "menyuntik" dakwah kepada mereka dgn cara yg lebih santai agar mereka tidak rasa "takut" atau ada "gap" antara para remaja dgn golongan dai'e..dakwah perlu dilakukan step by step agar adik-adik sasaran dakwah kita tidak lari atau menganggap program-program yg dirancang utk mereka hanya sebagai wadah utk keseronokan semata. Kita perlu mendalami dan memahami apakah "keperluan" golongan ini sebelum kita menyuntik jarum dakwah kepada mereka.."Seek to understand then to be understood"..
Para peserta yg terdiri dari umur 13-17 tahun datang dari pelbagai latar pendidikan yg berbeza, latar keluarga yg berbeza menjadikan pencinta ilmu dan para fasi yg lain menggunakan method yg berbeza daripada method kampus utk mendekati adik-adik yg sememangnya agak "sporting".huhu..adik-adik ni memang pandai buat lawak..cthnye masa pencinta ilmu dan 3 org fasi yg lain (Atikah, ust Farhan & ust Yusof) malam aktiviti jejak bertapak utk check point SQ (check point ke3 selain EQ dan IQ) ada soalan tentang alam-alam yg dilalui manusia iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh, alam akhirat, dan alam syurga/neraka..ada satu kumpulan ni yg mnjawab alam flora lah, alam nyata lah, alam maya lah, alam remaja lah, alam tua lah..huishh,pening kami dibuatnya (^_^)..hrmm adakah mereka ni sengaja membuat lawak atau tidak tahu langsung mengenai perkara ini sedangkan sudah berada di sek menengah??Hmm..Sama2 lah kita bangkit menbantu remaja di luar sana yg kian tenggelam dgn kebejatan masalah sosial yg kian meruncing..Semua aktiviti dan modul yg dirancang sudah pasti mempunyai objektifnya yg tersendiri atapun moral of the games (MOG)..kebanyakannya adalah bertujuan utk membina semangat kerjasama para peserta dalam kumpulan dan menbina jatidiri peserta dgn aktiviti yg dilakukan dgn mengaitkan Islam sbg cara hidup..
Antara koleksi gambar yg sempat pencinta ilmu ambil sepanjang program Kem Briged Amal ni :Adik2 mengambil tempat duduk khas utk peserta (^_^)
Taklimat dari perunding LAKHAUF MANAGEMENT SERVICES, Hj Azman aka Tok Man yg mmg "sempoi"
Acara memecahkan belon lawan..MOG:pertahanan diri
Membina menara menggunakan straw..MOG:kreatif dan kritis
Peserta perlu meletakkan 13 paku yg lain di atas satu paku..mmg mencabar minda & kesabaran..MOG:menguji IQ & don't ever give up
Acara Survivor Cook.pandai ke msk telor dik ooi?huhu..MOG:bersyukur dgn apa yg ada yg tlh Allah kurniakn
Baris, ke kanan pusing! Peserta berlatih kawad
Aktiviti gitong royong membersihkan masjid..peserta diberi pendedahan "beramah mesra" dgn masjid..menanamkn "sense of belonging" trhadap tmpat ibadah umat IslamPeserta perempuan sabar menanti menunggu giliran utk aktiviti Blind Trail yg mmg mencabar ketahanan fizikal..
Ishh, tinggi nye "bukit" ni..
Sesi ceramah motivasi & persembahan nasyid bersama motivator,Ust Akhwan Affandi yg mmg best dan menusuk kalbu
"Ya Allah terimalah taubatku, ampunkan dosaku trhadapMU dan dosaku terhadap ibu ayahku"
Peserta tekun dan khusyuk menyiapkan form Pelan Tindakan(Kontrak Diri) sebagai perjanjian kpd diri sendiri utk berubah mnjadi insan yg lebih baik yg di handle perunding LAKHAUF, kak ani.
Semoga berjumpa lg wahai pewaris negara, penegak agama..(",)
CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Teringatku masa darjah 3, pengalaman pertama mnjadi peserta kem ibadah 13 tahun lalu.pengalaman yg sgt brmanfaat utkku belajar hidup berdikari.tiap2 mlm sepanjang program menangis rindukan mak ayah kt rumah..hehe..(^_^)
Posted by pencinta ilmu at 9:28 AM 3 comments
Tuesday, June 23, 2009
Kisah Duit =)
Cerite Duet~
Pada suatu hari, terjadilah dialog antara duet seringgit(RM1) ngn duet 50 ringgit(RM50)..
Singgit : salam bro! ko per cer? Lame x nmpk?? gi mner??
50hinggit : wassalam…emm..ak merate gi..konsert af, klcc, kfc,gi stadium tgk bola, cc,lepak times square..tmpt2 cmtu r..ko? lg jrg nmpk ko? Mne ko slalu lepak?
Singgit : hmm..ak mcm biase r(slow jer jwb)..xde tmpt len..SURAU..MASJID..SURAU~
(sumber:platinumcyber91.blogspot.com)
CUITAN KATA PENCINTA ILMU > dialog ni mmg menusuk kalbuku..siapa mkn cili dia terasa pedas.brsama la kte mnfaatkn sgala harta yg kita ada lg2 d jln Allah..=)
Posted by pencinta ilmu at 3:00 AM 2 comments
No more unity government??
Assalamualaikum wbh..Salam mahabbah buat semua pencinta keadilan..=)
Tertarik utk pencinta ilmu posting isu politik kali ni.lama benar rasanya pencinta ilmu x tulis isu politik..huhu..
Semalam 22 Jun 2009 Majlis Presiden Pakatan Rakyat tlh sepakat menegaskn utk menolak sebarang kerjasama membentuk kerajaan perpaduan..jelas kita lihat di sini pihak paktan rakyat bertindak bijak dgn segera mengelurkan kenyataan ni sebelum ianya mnejadi lebih parah..jika kita perhatikan n hayati isu ini, kita akan dpt rasa, malah bukan setakat rasa tp kita akan fikir bahawa ini merupaka satu permainan politik dari pihak barisan nasional utk memfitnah pakatan rakyat..
kita sedia maklum bahawa krisis kepincangan kerajaan barisan nasional tlh membuatkan mereka sanggup merencanakan apa sahaja demi "membersihkan" nama baik barisan nasional di bawah Dato' seri Najib Tun Razak..
Propaganda siapakah isu ini sebenarnya?? hrrm suka lah utk pencinta ilmu mmbawa pembaca sekalian mengimbas kembali sejarah silam Pas dahulu. Oleh kerana Pas merupakan salah satu komponen parti dlm pakatan rakyat, jadinye pencinta ilmu mengambil contoh kes Pas utk dijadikan sebagai perbandingan. masih ingatkah kita lg pada peristiwa pd tahun 1974 iaitu berlakunya pilihanraya pada masa itu dengan Pas bertanding atas tiket BN dan kemudiannya mendapat tentangan hebat dari bekas pimpinan sendiri kemudian membentuk Pakatan Bebas Bersatu? Namun pengorbanan pas tidak di hargai Umno pada ketika itu dengan mereka mengkhianati pas sendiri apabila Umno pada ketika itu kembali kukuh. Adakah jaminan bahawa tidak akan wujud lg pengkhianatan andainya pakatan rakyat bersatu dgn barisan nasional membentuk kerajaan perpaduan? lagipun, jika kita mengimbas kembali scene2 kekejaman barisan nasional terhadap pemimipin pakatan rakyat seperti memenjarakan Dato' sri Anwar Ibrahim, penahanan ISA beberapa pemimpin tertinggi pas, dan macam2 lg adakah kita sedia memaafkan kesalahan BN itu?
Ok la, bayangkan andai kata kita bersedia memaafkan pihak BN dan bersetuju utk membentuk kerajaan perpaduan tersebut adakah kita yakin nanti bahawa BN akan memberi beberapa jawatan penting dlm negara seperti Timb PM kepada pakatan rakyat?
Adakah begitu mudah utk pihak mereka menyerahkan "baton" portfolio kementerian kpd semua parti dlm pakatan rakyat? yela bila da dlm kerajaan perpaduan, kne bersatu padu memerintah negara..huhu..=)
Sedangkan bila ingin bemuzakarah mengenai sesuatu isu pun da hangat n berpanjangan ini lagi kn pula mengenai isu besar yg melibatkan pemerintahan negara..kita sudah semestinya tidak inginkan kerajaan perpaduan ini retorik semata dgn nmjadikan isu ini sebagai wadah utk kepentingan politik masing2..tetapi biarlah isu ini di perhalusi dgn matang dgn mengambil kira faktor kebajikan rakyat jelata..biarlah pakatan rakyat memperkukuhkan kedudukan sebagai "kerajaan alternatif" kpd rakyat dan memberikan komitmen yg terbaik bagi membentuk kerajaa persekutuan akan datang, biiznillah..kita tidak mahu yg dikejar xdpt, yg dikendong keciciran..
Perpaduan hanya berhasil menerusi keikhlasan. Sedangkan keikhlasan itu perlu dibuktikan menerusi perubahan sikap dan pendirian. Umno perlu terlebih dahulu berubah jika mahu tanggapan orang PAS mahupun sekalian rakyat terhadapnya diubah. Contohnya dgn membuktikan keikhlasan mreka dgn mengembalikan demokrasi rakyat di Perak menbubarkan DUN perak..huhu..=)..
Walau apapun tujuan kita berpolitik ini, sebagai org Islam yg harus di utamakan adalah utk menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia tercinta ini..Wallahu 'alam..(^_^)
We only will be united with Islam
CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Islam dan politik x dpt dipisahkan..
Posted by pencinta ilmu at 12:16 AM 1 comments
Monday, June 22, 2009
Rintihan hamba
Argghhh!
sakitnya hatiku.
pedihnya jiwaku.
sengsaranya fikiranku.
bergeloranya imanku.
Argghhh!
Kenapa mesti aku?
kenapa perlu jiwa ini?
kenapa harus diri ini?
kenapa? mengapa?
Argghhh!
layakkah aku terima ini?
sanggupkah aku hadapi?
bisakah aku lalui?
tegakah aku tempuhi?
Argghhhh.......................!!!
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa hambaMU ini,
terima segala taubatku ini,
terimalah kembali diri ini,
jangan KAu biarkan aku terus dlm kegelapan dosa2 lalu
jangan Kau biarkan aku dlm kegelisahan dosa2 kelmarin
jangan KAu biarkan aku dlm kesesatan kesalahan semalam
Ya Rabbi,
ku tahu kenapa mengapa diri ini yg dipilih utk mghadapi ujianMU,
ku tahu kenapa mengapa hati ini yg diuji,
Kerna Engkau merindukan suara ini berdoa kpdMU,
kerna Engkau merindukan jiwa ini merintih kpdMU,
kerna Engkau merindukan diri ini sujud memohon ampun kpdMU.
Sungguh hebat kerinduanMU pd setiap hambaMU..
namun adakah sekelumit rinduku pdMU??
Ya Illahi,
Aku redha dgn semua ujianMU,
akan ku gagahi menempuhinya,
akan ku kuatkan menghadapinya,
akan ku bajai iman ini utk mnjadi seutuh pejuang agamaMU.
Demi mencari sebuah Mardhatillah..
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
CUITAN KATA PENCINTA ILMU > coretan peribadi utk menginsafi diri sebagai muhasabah diri =)
Posted by pencinta ilmu at 12:02 AM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
Assalamualaikum wbh..salam imtihan buat shbt yg masih lg berada dlm fatrah exam..sedikit coretan pencinta ilmu utk entry kali ni..=)
Alhamdulillah harini pencinta ilmu da abis exam utk short sem ni..paper Intro to Mass Commuication agk mencabar utk final ni namun mudah utk dijwab sbnrnya..byk kali diri ini dingatkan utk bertawakkal selepas habis sesuatu exam..yaa itulah tandanya kita bersukur sbnrnya..bersyukur dgn meletakkan kebergantungan kita pdNYA..setelah kita berusaha tawakkal adlh sebaik usaha jg selepas keluar dr dewan peperiksaan..madam selalu ingaktkn dlm class supaya teruskan brdoa sehingga saat result kita da kuar, malah teruskan brdoa d saat kta klik utk melihat result..Allah itu Maha Berkuasa atas segala2nya..doa senjata org mukmin..
CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Menenangkan hati bile kte berkata "tawakkaltu 'alallah"..(^_^)
Posted by pencinta ilmu at 10:23 PM 0 comments