CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, June 23, 2009

Kisah Duit =)

Cerite Duet~
Pada suatu hari, terjadilah dialog antara duet seringgit(RM1) ngn duet 50 ringgit(RM50)..




Singgit : salam bro! ko per cer? Lame x nmpk?? gi mner??

50hinggit : wassalam…emm..ak merate gi..konsert af, klcc, kfc,gi stadium tgk bola, cc,lepak times square..tmpt2 cmtu r..ko? lg jrg nmpk ko? Mne ko slalu lepak?

Singgit : hmm..ak mcm biase r(slow jer jwb)..xde tmpt len..SURAU..MASJID..SURAU~

(sumber:platinumcyber91.blogspot.com)

CUITAN KATA PENCINTA ILMU > dialog ni mmg menusuk kalbuku..siapa mkn cili dia terasa pedas.brsama la kte mnfaatkn sgala harta yg kita ada lg2 d jln Allah..=)

No more unity government??

Assalamualaikum wbh..Salam mahabbah buat semua pencinta keadilan..=)
Tertarik utk pencinta ilmu posting isu politik kali ni.lama benar rasanya pencinta ilmu x tulis isu politik..huhu..

Semalam 22 Jun 2009 Majlis Presiden Pakatan Rakyat tlh sepakat menegaskn utk menolak sebarang kerjasama membentuk kerajaan perpaduan..jelas kita lihat di sini pihak paktan rakyat bertindak bijak dgn segera mengelurkan kenyataan ni sebelum ianya mnejadi lebih parah..jika kita perhatikan n hayati isu ini, kita akan dpt rasa, malah bukan setakat rasa tp kita akan fikir bahawa ini merupaka satu permainan politik dari pihak barisan nasional utk memfitnah pakatan rakyat..
kita sedia maklum bahawa krisis kepincangan kerajaan barisan nasional tlh membuatkan mereka sanggup merencanakan apa sahaja demi "membersihkan" nama baik barisan nasional di bawah Dato' seri Najib Tun Razak..

Propaganda siapakah isu ini sebenarnya?? hrrm suka lah utk pencinta ilmu mmbawa pembaca sekalian mengimbas kembali sejarah silam Pas dahulu. Oleh kerana Pas merupakan salah satu komponen parti dlm pakatan rakyat, jadinye pencinta ilmu mengambil contoh kes Pas utk dijadikan sebagai perbandingan. masih ingatkah kita lg pada peristiwa pd tahun 1974 iaitu berlakunya pilihanraya pada masa itu dengan Pas bertanding atas tiket BN dan kemudiannya mendapat tentangan hebat dari bekas pimpinan sendiri kemudian membentuk Pakatan Bebas Bersatu? Namun pengorbanan pas tidak di hargai Umno pada ketika itu dengan mereka mengkhianati pas sendiri apabila Umno pada ketika itu kembali kukuh. Adakah jaminan bahawa tidak akan wujud lg pengkhianatan andainya pakatan rakyat bersatu dgn barisan nasional membentuk kerajaan perpaduan? lagipun, jika kita mengimbas kembali scene2 kekejaman barisan nasional terhadap pemimipin pakatan rakyat seperti memenjarakan Dato' sri Anwar Ibrahim, penahanan ISA beberapa pemimpin tertinggi pas, dan macam2 lg adakah kita sedia memaafkan kesalahan BN itu?

Ok la, bayangkan andai kata kita bersedia memaafkan pihak BN dan bersetuju utk membentuk kerajaan perpaduan tersebut adakah kita yakin nanti bahawa BN akan memberi beberapa jawatan penting dlm negara seperti Timb PM kepada pakatan rakyat?
Adakah begitu mudah utk pihak mereka menyerahkan "baton" portfolio kementerian kpd semua parti dlm pakatan rakyat? yela bila da dlm kerajaan perpaduan, kne bersatu padu memerintah negara..huhu..=)

Sedangkan bila ingin bemuzakarah mengenai sesuatu isu pun da hangat n berpanjangan ini lagi kn pula mengenai isu besar yg melibatkan pemerintahan negara..kita sudah semestinya tidak inginkan kerajaan perpaduan ini retorik semata dgn nmjadikan isu ini sebagai wadah utk kepentingan politik masing2..tetapi biarlah isu ini di perhalusi dgn matang dgn mengambil kira faktor kebajikan rakyat jelata..biarlah pakatan rakyat memperkukuhkan kedudukan sebagai "kerajaan alternatif" kpd rakyat dan memberikan komitmen yg terbaik bagi membentuk kerajaa persekutuan akan datang, biiznillah..kita tidak mahu yg dikejar xdpt, yg dikendong keciciran..

Perpaduan hanya berhasil menerusi keikhlasan. Sedangkan keikhlasan itu perlu dibuktikan menerusi perubahan sikap dan pendirian. Umno perlu terlebih dahulu berubah jika mahu tanggapan orang PAS mahupun sekalian rakyat terhadapnya diubah. Contohnya dgn membuktikan keikhlasan mreka dgn mengembalikan demokrasi rakyat di Perak menbubarkan DUN perak..huhu..=)..

Walau apapun tujuan kita berpolitik ini, sebagai org Islam yg harus di utamakan adalah utk menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia tercinta ini..Wallahu 'alam..(^_^)


We only will be united with Islam


CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Islam dan politik x dpt dipisahkan..

Monday, June 22, 2009

Rintihan hamba

Argghhh!
sakitnya hatiku.
pedihnya jiwaku.
sengsaranya fikiranku.
bergeloranya imanku.

Argghhh!
Kenapa mesti aku?
kenapa perlu jiwa ini?
kenapa harus diri ini?
kenapa? mengapa?

Argghhh!
layakkah aku terima ini?
sanggupkah aku hadapi?
bisakah aku lalui?
tegakah aku tempuhi?

Argghhhh.......................!!!

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa hambaMU ini,
terima segala taubatku ini,
terimalah kembali diri ini,
jangan KAu biarkan aku terus dlm kegelapan dosa2 lalu
jangan Kau biarkan aku dlm kegelisahan dosa2 kelmarin
jangan KAu biarkan aku dlm kesesatan kesalahan semalam

Ya Rabbi,
ku tahu kenapa mengapa diri ini yg dipilih utk mghadapi ujianMU,
ku tahu kenapa mengapa hati ini yg diuji,

Kerna Engkau merindukan suara ini berdoa kpdMU,
kerna Engkau merindukan jiwa ini merintih kpdMU,
kerna Engkau merindukan diri ini sujud memohon ampun kpdMU.
Sungguh hebat kerinduanMU pd setiap hambaMU..
namun adakah sekelumit rinduku pdMU??

Ya Illahi,
Aku redha dgn semua ujianMU,
akan ku gagahi menempuhinya,
akan ku kuatkan menghadapinya,
akan ku bajai iman ini utk mnjadi seutuh pejuang agamaMU.
Demi mencari sebuah Mardhatillah..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "


"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > coretan peribadi utk menginsafi diri sebagai muhasabah diri =)

Sunday, June 21, 2009

Assalamualaikum wbh..salam imtihan buat shbt yg masih lg berada dlm fatrah exam..sedikit coretan pencinta ilmu utk entry kali ni..=)

Alhamdulillah harini pencinta ilmu da abis exam utk short sem ni..paper Intro to Mass Commuication agk mencabar utk final ni namun mudah utk dijwab sbnrnya..byk kali diri ini dingatkan utk bertawakkal selepas habis sesuatu exam..yaa itulah tandanya kita bersukur sbnrnya..bersyukur dgn meletakkan kebergantungan kita pdNYA..setelah kita berusaha tawakkal adlh sebaik usaha jg selepas keluar dr dewan peperiksaan..madam selalu ingaktkn dlm class supaya teruskan brdoa sehingga saat result kita da kuar, malah teruskan brdoa d saat kta klik utk melihat result..Allah itu Maha Berkuasa atas segala2nya..doa senjata org mukmin..



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Menenangkan hati bile kte berkata "tawakkaltu 'alallah"..(^_^)

Sunday, May 24, 2009

Al-Ghurur : Waspada Para Daie!

Salam juang & slm mahabbah buat para bloggers mahupun visitors sekalian..kali ni pencinta ilmu nk bawakkan satu artikel menarik dari seorang shbt..artikel ni mmg "hempap kepala" pencinta ilmu..jom sama2 lah kta renungkan & muhasabah diri bersama.. Buka hati, buka minda..

Al-ghurur (tertipu dengan diri sendiri) dalam etimologi bahasa membawa makna yang sama dengan al-khida’ iaitu penipuan, pada diri sendiri atau orang lain. Dari Istilah pula membawa definisi kekaguman ‘amilin pada diri sendiri hingga ke tahap menghina atau memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain.



Dalam bahasa mudah, satu sifat atau cara berfikir atau cara bertindak yang merasakan dirinya hebat sedangkan orang lain lekeh di pandangannya, berkaitan juga dengan sifat egoistik dan al-‘ijab binnafsi (ujub/hairan pada diri sendiri). Pendek kata, usaha orang lain dipandang pesimis sedangkan pandangannya dan ideanya di lonjakkan atau dilebih-lebihkan (exaggerate). Kononnya hanya pandangannya sahaja yang betul,yang lain salah dan yang lain lemah. Lantas bertindak membuat provokasi dan menanamkan ciri-ciri inferiority complex kepada orang lain.Bagi para daei,sifat ini amat signifikan untuk dihalang dari menguasai fikrah, mantaliti, dan tindakan dalam gerakkerja,kerana ia mampu merosakkan kesatuan dan kekuatan kolektiviti dalam berorganisasi.

Dari konteks yang lebih luas, jika kita berada didalam organisasi, kita memandang organisasi kita adalah yang terbaik, terbagus tanpa kita melihat kepada aspek-aspek penyempurnaan yang belum terlaksana. Contohnya persoalan yang ditimbulkan dalam kerangka politik, gerakan Islam memperjuangkan untuk memenangi pilihanraya namun bagaimana dengan pengisiannya jika diberi kemenangan? Bagaimana nasib artis, bagaimana konsep kehakiman negara dan lain-lain? Untuk mengelakkan kita terjebak dengan al-ghurur, isu ini perlu diperbincangkan dan di ‘brainstorm’. Namun,saya meyakini kepimpinan yang ada sudah merangka strategi yang jelas untuk perancangan forecasting nanti.

Apa punca dan sebab timbulnya sifat al-ghurur ini?

1) Lalai untuk mengkaji dan memuhasabah diri.

Kegagalan seseorang untuk melaksanakan proses muhasabah atau check and balance dalam diri sendiri boleh menjadi pemangkin tumbuhnya gejala al-ghurur dalam diri.Bahkan Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menggariskan ujub dan takabbur antara sebab yang menimbulkan perasaan Hasad dengki (P.H.D), dan tentunya akibat gagal memuhasabah, timbulnya ujub dan takabbur.

Bila gagal mengkaji diri, timbul sikap suka memperlekehkan orang lain,dan memperkecilkan usaha orang lain yang membuat usaha yang sama sepertinya. Orang lain buat tak kena itu, tak kena ini, ada sahaja yang tak kena baginya. Jiwanya dan pemikiran sentiasa bertindak dengan minda kritikal tidak bertempat, diwakilkan dengan topi hitam, yang berciri kritikal sepanjang masa (6 Hat’s Thinking Theory from Edward de Bono/Teori 6 topi berfikir). Fathi Yakan menyatakan dalam buku ‘Golongan tercicir’, antara sebab keciciran yang berpunca dari diri individu ialah tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri. Ingatlah juga peringatan Allah SWT dalam Surah Al-Hasyr ayat 18.Amalan muhasabah cukup signifikan kerana Rasulullah SAW mengisyaratkan dalam hadith yang berbunyi : “Orang yang berakal ialah orang yang sentiasa memperhitungkan dirinya dan mengerjakan amalan-amalan untuk bekalan mati” (Tirmidzi). Dengan kata lain dari hadis ini, orang yang tidak bermuhasabah ialah orang yang tidak berakal.Saidina Umar juga menyebut iaitu “hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung dan timbangilah dirimu sebelum kamu ditimbang. Dan bersedialah kamu untuk menghadapi pengadilan yang maha besar”.Bahkan nama-nama besar dalam Islam seperti Umar Abdul Aziz juga sentiasa berbicara tentang kematian dan hari pembalasan. Mengenangkan hari al-hasyr wal jaza’ kelak.


2) Lalai atau enggan menerima bimbingan.


Islam menggalakkan konsep ‘tawasaubil haq wa tawasaubis sabb’ iaitu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Bahkan Nabi SAW juga menegaskan bahawasanya agama itu adalah nasihat.Apabila simpstom al-ijab binnafsi mendominasi sifat seseorang, ia akan menghalakannya kearah sifat al-ghurur. Kerana itu al-ghurur juga menjadi sebahagian ciri ego, menjadikannya bersifat ananiyyah dan tidak mahu mendengar pandangan, teguran serta bimbingan orang lain. Pandangan orang lain,padanya simplistik.Bahkan individu hebat seperti Abu Bakar r.a dan Umar r.a juga membuka ruang kepada orang lain memberi nasihat dan bimbingan kepada mereka,walaupun mereka sahabat utama Nabi, walaupun mereka yang terjamin jejaknya di syurga. Seperti kata Abu Bakar : “Jika aku betul,maka tolonglah aku.Jika aku salah maka betulkan aku”. Sahabat nabi yang mulia ini pun rela ditegur,dibimbing dan dinasihat, apatah lagi kita insan yang terdedah dengan kemaruk kemaksiatan di merata-rata, harus lebih terbuka mendapatkan bimbingan orang lain untuk mengelakkan penyakit al-ghurur.Konsep ‘memberi’ dan ‘menerima’ perlu wujud untuk membentuk diri daei yang lebih mantap, seperti kata pepatah Inggeris “What you give,you take back”.Bahkan dalam konsep yang disebut oleh Stephen R.Covey iaitu “Seek to understand then to be understood” iaitu bersedia untuk memahami jika mahu difahami orang lain, juga boleh dipraktikkan. “Put yourself in their shoes” juga keperluan penting bagi daei dengan syarat, kita sedia di bimbing dan di nasihati, harus ada sikap ‘bersedia dibimbing untuk membimbing’.







3) Tasydid atau keterlaluan dalam agama.


Keterlaluan dalam memahami dan melaksanakan tuntutan agama juga menjadi penyebab lahirnya penyakit al-ghurur. Pada mereka (golongan al-ghurur), orang disekeliling terlalu bersifat sederhana dan mengambil pendekatan moderate, lantas mengatakan sahabat disekeliling tidak serius dan mengabaikan tugas dalam jalan Allah. Lalu,diperkecilkan usaha orang lain disebabkan mereka tidak memahami nature agama itu sendiri. Rasulullah SAW sendiri menegur 3 orang sahabat yang tidak mahu berhenti beribadat, tidak mahu berbuka dan tidak mahu berkahwin semata-mata kerana teruja dengan ibadah Rasulullah SAW.Realiti masyarakat Islam kini, berlaku juga amalan keterlaluan dan perbuatan bersifat takalluf (memberatkan) sedangkan Islam datang dengan mudah dan moderate. Contohnya amalan golongan tarikat dan golongan tasawwuf yang melampau. Golongan ini yang menolak konsep ibadah khusus seperti menyatakan solat cukup hanya dengan niat, puasa tidak wajib dan lain-lain jelas bertentangan dengan hukum Islam. Kebergantungan kepada sheikh atau tuan guru tarikat hingga menafikan kebergantungan dan ubudiyyah kepada Allah SWT turut menjejaskan aqidah umat Islam kini.Sejarah Ikhwanul Muslimin juga menukilkan, ada golongan yang merupakan organisasi tahalluf IM iaitu Gerakan pemuda Mesir yang tidak memahami konsep tauhid hakimiyyah yang diperkenalkan oleh Syed Qutb dalam kitabnya Ma’alim Fitthariq dan mengambil tindakan isti’jal dan tasydid. Ketidakfahaman mereka dalam menafsirkan Islam secara betul mendorong tindakan mereka membakar dan merosakkan pusat-pusat hiburan di Mesir dan ia menjadi batu loncatan untuk kerajaan mesir mengemukakan pertuduhan kepada IM dan Syed Qutb. Akhirnya,Syed Qutb syahid di tali gantung. Bahkan Hasan Hudaibi juga mengeluarkan buku Duat la Qudhah sebagai refleksi kepada fenomena melampau yang dilakukan oleh puak Takfir wal hijrah.Dalam kitab Al-Mutasaqitun ala thaqiruddakwah, Ustaz Fathi Yakan juga menggariskan sifat keterlaluan juga menjadi sebab keciciran seseorang daei, berpunca dari individu itu sendiri. Islam datang dalam bentuk azimah dan rukhsah,maka fahamilah islam, janganlah terlampau takalluf juga jangan terlampau ta’assuf. Jangan kerana kepentingan sendiri ,yang haram menjadi halal dan halal menjadi haram, kerana konsep ‘the ends justify the means’ kelolaan Nicollo Micheavelli bertentangan dengan asas usul fiqh “Al-Ghayah La Tubarrirul wasilah” iaitu matlamat tidak menghalalkan cara.







CUITAN KATA PENCINTA ILMU > tertarik sgt dgn artikel ni..mmbuat diri terdiam dan terfikir sejenak..lantas hati berzikir Astaghfirullahal a'zim..adakh sifat ini dlm diriku?adekah sifat ini dlm dri kte yg kononnya mengaku bgelar daie? same2 la kte muhasabah dri kembali..Allah suke pd hmbaNYa yg sering bertaubat..jgnlah kte ego mgatakn diri sempurna dr org lain..sama lah saling ingat-mengingatkan..watawa saubil haqq, watawa saubil sobr.(",)

Monday, May 11, 2009

Emak, Ummi, Mama, Ibu, Mother....



Assalamualaikum wbh..sempena 11 Mei yg merupakan Hari Ibu Sedunia ni pencinta ilmu ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua insan yg telah bergelar ibu, emak, ummi, mama, mummy,dll. Terutamanya buat emakku yg tersayang, Pn Mariyani bt Mohd Salleh..Terima kasih mak atas segalanya..dan juga terima kasih ayah atas segalanya..dikaulah ratu hatiku..

Sebenarnya bukanlah 11Mei shj diperuntukkan utk ibu kita,mahupun Jun nnti utk hari bapa, tapi setiap hari adalah hari istimewa bagi mereka. Setiap hari adalah hari mereka utk kita dan hari kita utk mereka. Hargailah mereka setiap hari..=)

Kronologi Peristiwa Sepanjang Hayatku (sehingga 21 tahun) :

1 tahun : belajar berjalan..mak xjemu2 mengacahku utk terus menguatkn kaki ini berjalan..

2 tahun : aku mula berhenti menyusu badan..tiap2 mlm mak bangun bancuh susu utkku..

3 tahun : aku diserang sakit lelah..mak x letih bwkku gi hospital ambk ‘gas’..

4 tahun : aku main ‘masak2’ & dibuli..mak tenangkanku & bg semangat “ain kne kuat!”

5tahun : aku dpt rantai leher dari mak & terhilangkannya..mak carikan rantai tu smpai jmpa..

6 tahun : aku teruja masuk tadika..mak bangun awal2 siapknku & adik2..

7 tahun : aku masuk darjah satu..tiap2 hari mak teman tunggu naik bas wlupun panas terik..

8 tahun : aku dapat top 3 dlm kelas..mak korbankan masa gi tengok mjlis anugerah pelajar cmrlang tu..

9 tahun : aku demam panas seminggu..mak x tidur mlm jaga aku..

10 tahun : aku terpilih jadi pengawas sekolah.. mak jahitkan lagi baju seragam pengawas wlaupun baju sekolah putih dah siap terjahit awal.

11 tahun : aku mula naik basikal gi sekolah..mak selalu betulkan rantai basikal yg longgar klau rosak lepas balik sekolah..

12 tahun : aku exam psra & upsr..mak x henti2 bg nasihat & doaknku..

13 tahun : aku nak masuk SMATH..mak sanggup gi pejabat JAIS wat rayuan..

14 tahun : aku punya birthday serentak dgn eidulfitri..mak buatkan kek & jamuan raya utkku..

15 tahun : aku dapat adik bongsu baru..mak tetap masakkan utk kami ble balek dr hospital..

16 tahun : aku punya hari kad laporan sekolah..mak tetap korbankan masa wlupun ada mslh ckit kt rumah..

17 tahun : aku menduduki spm..mak selalu bg perangsang utk berjaya & selalu buatkan ‘air penerang hati” utkku..

18 tahun : aku berjaya masuk ipta(asasi uia)..mak teruja siapkn segala keperluan utkku & buat jamuan doa selamat utkku..

19 tahun: aku kemalangan jatuh motor..mak urutkan kaki, sapukan ubat..

20 tahun : aku gi Kelantan 2 minggu ( pertama kali jauh dgn mak ayh) dan tiap2 hari dlm tempoh tu aku sgt merindui mereka..mak xjemu2 telefon tanya kabar & keadaanku

21 tahun hingga umur yg tak ku tahu hayat hidupku sampai bila : aku xtahu sempatkah utkku mmbalas segala jasa & pegorbanan yg mak lakukan utkku sjakku dlm kandungannya..

“Ya Allah panjangkanlah usiaku dan usia mak ayahku agar dpt ku mmbalas segala jasa mereka dan mmbahagiakn hidup mereka sepanjang hayatku..Dan Kau panjangkan jg usia semua ibu ayah ddunia ini agar dapat mereka menikmati erti kebahagiaan yg sebenar brsama anak2nya”





CUITAN KATA PENCINTA ILMU > SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU..=)

Tuesday, May 5, 2009

My Major............

Assalamualaikum wbh..salam imtihan buat yg sedang dlm final exam dan salam hormat buat semuanya..Alhamdulillah setelah melalu ifinal exam sem2 2008/2009 kini pencinta ilmu melalui sem 3 atau lebih dikenali dgn “short sem”..semester yg sememangnya sgt pendek tempohnya dan credit hour yg pendek ttpi memerlukan usaha yg lebih @ 2 be more struggle for d short sem..

Untuk entry kali ni, pencinta ilmu nak tukar jap kata diri jadi “aku”..bukan pe, entry kali ni lebih kepada luahan perasaan..huhu..harap pembaca sekalian leh terima..=)..Hrmm setelah berkali2 nak berfikir utk ak ambil sh.sem ke x akhirnya Allah menurunkan ilhamNYA melalui gerak hatiku utk aku ambil sh. sem kali ni..ditambah dgn saranan parents yg menyokong kuat utk aku ambil sh. sem..Yaa inilah keputusanku! Muktamad! Sebarang surat menyurat tak akan dilayan..o0pss..huhu..

Maka bermula sesi adjustment subject atau add drop ni sejak isnin 4 Mei semalam..sebenarnya aku juz ade subjek Tilawah 2 yg sememangnya xde credit hour..subjek Mass Communication yg ake reserved xdpt..xpla, tilawah ni belajar dgn ikhlas utk dapatkn ilmu yg akn dipelajari, bukan exam semata..isyy tp xkan aku nak ambik subjek ni je masa sh.sem ni? Macam rugi masa n duit la plak..klau mcmtu lebih baik xyah ambik sh. sem , tolong parents kt umah..huhu..Hrm tp aku tau Allah itu Maha Adil lg Maha Penyayang pd setiap hmbaNYa…Alhamdulillah tadi aku berjaya dpt add subjek comm ni sebab ade sorang member drop subjek ni n aku pun ape lg terus la add..Alhamdulillah sgt, sujud syukur ku pdNYa..

Dan Alhamdulillah sekali lg Allah turunkan rezeki dan nikmatNYA pdku..Aku berjaya declare major..MAJORING IN HISTORY AND CIVILIZATION..Alhamdulillah..namun aku macam sedih xdpt nk major yg aku nak.aku xdpt nk major in POLITICAL SCIENCE..apa yg aku impikan selama ini xdpt atas sebab2 tertentu..lantas aku cuba muhasabah diri balek..kenapa aku xdpt apa yg aku nak?? Dan aku fikiran ku terimbas pada sepotong ayat suci Qur’an dari Surah alBaqarah ayat 216 :
“….tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah Mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui.”



Thankz to Dr. Hafiz Zakaria yg ajar Intro to History =)

Yaa kini ku yakin bahwa ini adlah ketentuan dariNYa..dan mugkin majoring in history ni adlah yg terbaik utkku anugerah dariNYA..sorang sahabat yg aku respect bg nasihat, kadang2 kte nak sgt something tu, tp ia bukan ditakdirkn utk kte..hikmahnya masih lg rahsia Allah dan ain kne usaha utk mncari ape hikmah itu”..Yes! kini aku percaya once bile aku da serah form declaration major td itu adlah jalan yg telah aku pilih dan aku prlu hadapinya..Akan ku buat yg terbaik uk bidang ku ini..Man jadda wajada wa man zar’a hasoda.




Antara subjek2 dlm Major Courses aku:

Course Code
Course Title
Cr.Hours
Pre-Requisite(s)
HIST 1000 Introduction to History & Civilization
3
-
HIST 1020 Rise & Spread of Islam to 132 AH
3
-
HIST 1100 Islam in the Malay World
3
-
HIST 2010 History of Malaysia I
3
-
HIST 2110 Survey of Ancient Civilizations
3
-
HIST 2999 Research Methodology
3
-
HIST 3010 The Abbasid Caliphate
3
-
HIST 3020 History of Malaysia II
3
HIST 3010
HIST 3110 History of the Ayyubids & Mamluks
3
-
HIST 3120 Osmanli History
3
-
HIST 3150 Modern History of Europe
3
-
HIST 3250 India Under the Sultans & Mughals
3
-
HIST 3260 Colonialism in the Muslim World
3
-
HIST 3410 Islah & Tajdid Movements in the Muslim World
3
-
HIST 4070 Modern History of the Arab World
3
-
HIST 4130 Muslim Nations in Contemporary History
3
-
HIST 4150 History of United States
3
-
HIST 4420 Islamic Civilization
3
-
HIST 4820 Rise & Fall of Civilizations
3
-

Dan ada beberapa lg subjek2 optional dlm major ni..



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > x sabor nak wt field work..korek tanah cari artifact..huhu