CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, September 7, 2010

Masjid oh Masjid

Alhamdulillah, umat Islam kian memasuki fasa terakhir Ramadhan. sudah pastinya pelbagai persiapan raya sudah dibuat.Pelbagai tempat tempat utama di Malaysia menjadi penuh dan sesak dgn orang ramai. Pusat2 membeli belah pastinya sudah dipenuhi dgn pelanggan, bazar-bazar ramadhan kian dpat keuntungan hasil jualan 28 hari berniaga dlm bulan ini. Stesyen-stesyen bas, feri, KTM kian sesak dipenuhi penumpang yg mahu pulang ke destinasi masing-masing. Semua tempat-tempat ini menjadi tumpuan utama ketika musim perayaan hari raya umat Islam. Tetapi bagaimanakah dgn satu tempat ini??


Penuhkah ia dgn orang ramai seperti di hari pertama Ramadhan?
Sesakkah ia dgn orang ramai seperti minggu awal Ramadhan?
Meriahkah ia dgn orang ramai seperti dalam bulan Ramadhan?




Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Semoga pengimarahan masji2 dan surau mnjadi semakin dihayati oleh setiap muslim. Lazimkan amalan beriktikaf di masjid seperti amalan Rasulullah Saw. Jangan jadikan bulan ramadhan sahaja tempat2 ini dijadikan tumpuan, malah Istiqamahla untuk beribadah & beraktiviti di masjid mahupun surau-suran kerana tempat ini merupakan medan penyatuan ummah untuk semua aktiviti yang berlandaskan syariat. Bukan semata-mata untuk melakukan solat sahaja. Selamat menjalankan ibadah! Ayuh, fastabiqul khairat! =)




CUITAN KATA PENCINTA ILMU > surau kt kawasan umah dah renovate. harapnye jemaahnye pon "renovate" semangat utk terus mengimarahkannya.. (^_^)

AduHai PeNgunJUNg bLog yG seTia



Assalamualaikum wbh. Sudah lama jari ini tidak mengetuk keyboard laptop utk mengemaskini blog ini. 1001 perasaan terbit di hati ini, gembira, sedih, kekok, teruja, malas, simpati, bersemangat dan macam-macam lagi la.
Maklumlah bile sesuatu perkara yg kita selalu buat, tp ditingalkan begitu shj akan mnjadi "asing" bila nak perbaharuinya kembali.
Disinilah pentingnya kita sedar bahawa bukan senang untuk ISTIQAMAH dan tak susah nk TAJDID kembali asalkan rasa cinta kepada penulisan itu ada! Yang penting kecintaan kpd dunia dakwah melalui alam maya.
Sebuah peringatan khas untukku dan semua pengunjung setia blog ini (masih setiakah ke pengunjung setia tu?huhu)
Terima kasih kpd semua yg selalu singgah ke teratak usang ini.
Maafkan empunya blog ini sebab setelah sekian lama tak update. Maaaf tau.




Semoga Allah kurniakan kekuatan kpdku untuk terus berblog.

Yeahh ain! Chaiyok2!!

CUITAN KATA PENCINTA ILMU > bile dah rase bersalah tu, kne la perbaiki diri. kne bertaubat!

FuHH !

ehem.. ehem.. testing testing testing.. fuuhhhhhhhhhhhh.. bersarang dah blog ni! banyak habuk!




>>>>>>>>>>>> CLEANING IN PROGRESS<<<<<<<<<<<<<<

Thursday, May 20, 2010

SINERGI KELUARGA BAHAGIA DI PULAU PINANG


Mengendalikan keperluan kerjaya dan rumahtangga merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh kita semua. Sama ada di peringkat mencukupkan keperluan asas, hingga ke peringkat kepakaran kita yang diperlukan oleh orang ramai, kesemuanya menyumbang kepada perebutan masa, fizikal, minda, emosi malah spiritual individu. Sebahagian manusia beralah dan mula mempercayai bahawa mereka perlu memilih salah satu daripada keduanya. Mustahil untuk kerjaya dan rumahtangga mampu berjalan seiringan.

Hakikatnya, kerjaya dan rumahtangga, kedua-duanya terbina di atas kualiti MANUSIA sebagai kausa prima. Sejauh mana kita berjaya mengurus dan mengoptimumkan kemanusiaan diri, di situlah kunci kejayaan berada. Dukunglah nilai yang sama pada melihat potensi dan cabaran di tempat kerja, sebagaimana juga di dalam keluarga, nescaya kerjaya menyumbang kepada kualiti hidup berumahtangga, dan rumahtangga pula menyumbang kepada kecemerlangan kerjaya. Beruntungnya kita, ISLAM bukan sahaja menyediakan nas dan teori sebagai rujukan asas, malah Sirah Nabawiyyah dan legasi para ilmuan turut menyediakan pelbagai panduan praktis untuk diadaptasikan ke dalam kehidupan semasa.

Menyuntik nafas baru kepada legasi Islam, dan menyaring pakai berteraskan Islam legasi kajian semasa di Timur dan Barat, adalah kepakaran Jurulatih Utama program ini, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Seorang anak, suami, bapa, pendakwah, blogger dan kolumnis majalah sepenuh masa, beliau melengkapkan kesibukan dan cabaran kehidupan dengan beristerikan seorang doktor pakar di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Islam tidak dihuraikan secara teori semata malah disampaikan dengan mengambil kira realiti kehidupannya sendiri yang berada di kemuncak permintaan.

Aku Terima Nikahnya (2008), Bercinta Sampai ke Syurga (2009) dan terkini Murabbi Cinta(2010), adalah tiga buku karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang sudah terjual melebihi 50 ribu naskhah.

Seminar Sinergi Keluarga Bahagia adalah modul yang memindahkan segala panduan yang terdapat di dalam karya-karya itu tadi kepada sebuah model pengurusan kerjaya dan rumahtangga untuk dimanfaatkan bersama oleh orang ramai. Jemput hadir beramai-ramai ke program ini. Ia medan anda melihat kerjaya dan rumahtangga dengan pandangan paling optimis tatkala kedua-duanya dipandang daripada pandangan Pencipta kehidupan yang Rabbani.

Pembayaran boleh dibuat secara bank in ke akaun:

Maybank 562674 203481 (Atas nama: SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY)

Slip pembayaran, mohon diemel ke alamat

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi:

ENCIK ASHRAF FAUZI
Wisma NZA, Lot 11,
Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman,
68000, Ampang, Kuala Lumpur.
Tel : +6 013 300 5169
Fax : +6 03 4260 4241
Web (Main) : www.saifulislam. com
Web (Company) : www.stc.my



--
AHMAD ASYRAF SHARI
Master Apprentice,
ICMIC-UniKL Academy Sdn Bhd
www.ulumcordova. com

cuitan kata pencinta ilmu > "keluarga bahgia ummah sejahtera" =)

Monday, March 15, 2010

GRAND MUNAJAT







ASSALAMUALAIKUM WBH..





THERE WILL BE HELD A GRAND MUNAJAT FOR FINAL EXAM..




.:ORGANIZED BY SULTAN HJ AHMAD SHAH MOSQUE, IIUM.:


.:COLLABORATION WITH: ~SRC~MA'RUF CLUB~LAWSOC~IRKHSS~ENGINIUS~ARCHIMIC~ELITS~JKQ~:.





THE DETAILS AS FOLLOW:


DATE : 18-19 MARCH 2010


TIME : 7.OOPM-7.00AM


TENTATIVE : IFTAR JAMAIE, SOLAT HAJAT, TADARUS, TALK BY BRO SHAH KIRIT, QIAMULLAIL, DISPERSE.


~ALL IIUM COMMUNITY ARE KINDLY INVITED~ =)



CUITAN KATA PENCINTA ILMU : do come & join us! fastabiqul khairat..(^_^)

Friday, February 19, 2010

Kanak-kanak Riang



salam kasih sayang..sengaja entry kali aku nak kongsikan pasal kanak-kanak dan spesifiknya 2 orang kanak-kanak dari kaum keluargaku..mungkin kerana rindu ini terlalu bersarang pada mereka..ahaks..lagi2 kerinduan pada 2 insan comel yg sgt suka aku usik. jijim n muna. pe la perkembangan mereka ya. xpe, cuti sem nanti akan ku "serang" mereka berdua..huhu..

untuk pengetahuan pembaca yg budiman, aku ni memang seorang yg sukakan kanak-kanak. pantang jer nampak budak kecil, pasti akan ku cubit2 pipi mereka.huhu. kata orang, melayan kanak-kanak ni boleh mengurangkan tension. =)

sedikit tentang kanak-kanak :

‘Kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya.’- Beecher. Ni aku ambik dari kata-kata pemikir Barat. sekadar mmberi perbandingan.

Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya. Gerak laku dan tutur kata ibu bapa serta orang-orang di sekelilingnya sentiasa di dalam pemerhatian anak-anak tanpa kita sedari. Gaya didikan ibu bapa dan persekitaran rumah memainkan peranan penting dalam membentuk sikap awal anak-anak. Apa yang dilihat dan dipelajari di rumah dan di sekelilingnya akan menjadi panduan dalam hidupnya.

Nilai-nilai yang terbentuk sejak awal tidak mudah untuk diubah melainkan jika ibu bapa menerapkan nilai-nilai ini setiap hari secara konsisten melalui aktiviti harian biasa. Ibu bapa adalah pendidik pertama dan utama anak-anak. Tugas ini tidak boleh diambil alih oleh sesiapa pun.

Di dalam memastikan bahawa anak-anak menerapkan nilai-nilai yang baik di dalam hidup mereka. peranan ibu bapa adalah untuk mengawas mereka, dan bukannya mengawal. Pengawasan yang menyeluruh dan berhemah daripada ibu bapa boleh membantu anak-anak membina waja diri yang kukuh.

Namun, bagi aku dan semua umat Islam pendidikan yg berteraskan Islam adalah sebaik-baik pendidikan. Hadith Nabi SAW "anak2 ibarat kain putih, ibu bapalah yg mencorakknya samada Yahudi Nasrani atau Majusi". Pendidikan awal kanak-kanak haruslah di ambil dari konsep pendidikan Islam yg mengajar keseluruhan cara hidup dengan peradaban yg sangat mulia untuk mnjadi insan Rabbani.

Konsep pendidikan yang bersumber dari Al-Qur’an dan hadis Nabi SAW bertujuan menciptakan manusia yang sempurna di masa mendatang. Dalam konsep ini, pendidikan dimulai sejak dari masa prahamil hingga ketika anak sedang melewati masa remajanya, malah hingga akhir usia.

Aku sebagai manusia biasa sudah tentulah mengimpikan keluarga sakinah sendiri. ingin mendidik anak-anak dengan didikan Islam agar dapat mereka mnjadi anak yg soleh solehah yg mnjadi mata-mata rantaian perjuangan Nabi Muhammad Saw, I'Allah. Tapi mungkin bukan sekarang waktunya.hehe..apepun, kuserahkan segalanya pada Illahi. Teruskan fokus pada gerak kerja dan pelajaran! (^_^)


Ok, serba sedikit mengenai jijim(nama manja) :


~mohd naufal hazim bin aizil nur izha
~1 tahun 5 bulan
~bakal dapat adik baru tengah bulan ni
~cepat nangis (aku dah duk sebatu dari die pun nk nangis jgk)
~bijak & cepat belajar
~baru "dapat kaki"
~kuat makan
~suka sgt main handset
(hazim ni anak sepupu aku)



serba sedikit tentang si comel ini pula:


~nurul muna izzah bt ma'ruf
~1 tahun 8 bulan
~baru "dapat kaki"
~kuat pendirian..huhu
~semua benda yg ada kt tangan akan masuk mulut
~kuat tidur
~otak cerdas
~suka senyum
(muna ni anak makcik aku)



yg ni adalah koleksi gmbr anak pakcik (iqbal) n anak sahabat2 aku:




Gambar yg ini pula adalah koleksi yg ada dalam laptop aku. tak ingat dah dari mana aku dapat. entah anak siapa..huhu. Tapi yg penting mereka juga adalah makhluk Allah yg perlu diberikan kasih sayang agar mnjadi insan soleh solehah..=)



Maha Suci Allah yg telah menciptakan sekalian manusia dgn cantik sekali. Sungguh tenang melihat wajah-wajah suci ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!


CUITAN KATA PENCINTA ILMU : dulu masa aku kanak-kanak mak aku kata aku kecik sgt. kurus kering gle..tp bile dah besar.................................. (^_~)

Tuesday, February 9, 2010

Perak oh Perak!

Salm pjuangan buat semua! Akhirnya keputusan kes Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah diketahui semalam. Paenl hakim Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yg sah.





Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut. Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.







Harapan kepada Datukl Seri Zambry semoga anda dapat menjalankan amanah ini dengan sebaiknya. Amanah ini sgtlah besar dan akan dipersoalkn di akhirat kelak.


Allah s.w.t berfiirman yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan(menyuruh kamu)apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.” (An-Nisaa: 58)


Bila sudah duduk di dewan rakyat nanti jangahlah pula ada diskriminasi terhadap ADUN PR yg lain. Buktikan bahawa kepimpinan anda adalah adil dan penuh kebajikan!!


Hmm...Teringat dan terkesan aku pada kata-kata Nabi lagi yang bermaksud: “Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah masa kehancuran. Ketika ditanya “bagaimana mensia-siakannya?” Nabi menjawab: Apabila jawatan pemimpin diserahkan kepada orang yang tidak layak.” Allah swt jualah yg Maha Agung dan Maha layak untuk menilai seseorang itu.




Aku sebagai mahasiswa lebih suka dan opitimis andainya keputusan memilih MB ini dipilih secara demokrasi. melalui sistem pilihanraya yg lebih telus hasil sokongan dan mandat daripada rakyat sendiri. kan lebih berintegriti macam tu. namun, selagi autoriti berada pd mereka yg lebih "mementingkan kepentingan kuasa" selagi itulah kebatilan akan terus berleluasa. bukanlah aku nak menyalahkan atau menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi sebagai manusia yang waras akal fikirannya sudah tentulah pemilihan seorang pemimpin perlulah diatas jalan yang lebih telus dan tidak melanggar hukum syarak serta memberi peluang yg seluasnya kepada semua pihak untuk memilih. dahulukan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. PUT FIRST THINGS FIRST!



Buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, terusk perjuangan anda! Jalan kebenaran pasti terbentang luas dan bakal menyinari Datuk dengan kesabaran anda! Segalanya adalah ujian yg telah ditetapkan untuk kita semua sebagai Khalifatullah..ujian adalah rahmat buat kita yg berjuang untuk kebenaran, I'Allah.



Firman Allah yg bermaksud : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157). "



Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, teruskan semangatmu! aku percaya rakyat Perak memang mahukan Datuk sebagai pemimpin mereka. Hakikatnya Datuk tidak kalah pada "mahkamah rakyat"! Innallah ma'ana.





CUITAN KATA PENCINTA ILMU : bak kata Datuk Seri Nizar "STAY CALM AND CONSERVE ENERGY!". yeahh, terbaik! (^_^)..huhu















Kursus Bina Pengaruh

TARIKH : 27 FEB 2010 (SABTU)
MASA : 9.OOAM-5.OOPM
LOKASI : BANGUNAN KULIYYAH KEJURUTERAAN , UIAM
YURAN : RM130.00
YURAN BERKUMPULAN (5 ORANG) : RM600.00
YURAN UTK PELAJAR UIAM : RM110.00
YURAN EARLY BIRD (SEBELUM 13 FEB) : RM100.00


for more details, clik here

Tuesday, January 26, 2010

Salahkah Mahasiswa...??

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa negara ini tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mereka.

Demikian kenyataan media SMM kepada Harakahdaily hari ini berhubung tangkapan sembilan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semalam.

Menurut kenyataan itu, seluruh mahasiswa IPTA semalam telah melakukan perarakan aman menuntut demokrasi bersih (walk for democracy) bermula dari Dataran Merdeka sehingga pusat membeli belah Sogo sekitar jam 10.30 pagi hingga 1 petang.

Perhimpunan tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati mahasiswa Malaysia ke atas pencabulan demokrasi kampus dan hak-hak mahasiswa.

Kenyataan itu menambah, mahasiswa turun untuk memberitahu kepada rakyat bahawa suara mahasiswa selama ini tidak didengari malahan dianggap rendah oleh pihak pentadbiran universiti yang melibatkan hal Ehwal Pelajar hampir di semua kampus.

Mahasiswa kecewa dengan tindakan tidak profesional terhadap kekasaran polis serta tindakan provokasi mereka sehingga menyebabkan sembilan orang mahasiswa ditangkap dalam perarakan berkenaan.

Dalam tangkapan tersebut juga, mahasiswa beranggapan tindakan polis melambatkan pembebasan mereka semalam sebagai satu tindakan yang tidak adil, seolah-olah mahu menyeksa mereka di dalam lokap lebih lama.

Mereka ditahan pada pukul 1 petang dan dibebaskan selewat jam 12 tengah malam. Tempoh itu sangat lama dan keadaan ini telah memberikan tekanan kepada tahanan.

Bagi SMM, polis juga dianggap tidak amanah dan telah menyalahgunakan tugas sehingga menghalang peguam untuk berjumpa dengan tahanan sedangkan di bawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah, mahasiswa berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka untuk berjumpa.

“Oleh yang demikian, kami di peringkat mahasiswa ingin menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa Malaysia tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mahasiswa,” ujar SMM dalam kenyataan itu. ~sumber akhbar~


*************************************************************************************

Assalamualaikum wbh..

Sekadar muqaddimah apabila kita menghayati hadis Nabi SAW yang bermaksud: " Katakan kebenaran biarpun pahit" . Inilah di antara maksud sebuah hadis Nabi SAW yang menyatakan tentang kebenaran itu amatlah pahit dan menyampaikannya juga amatlah pahit dan susah. Biar apapun cabarannya dan sehebat manapun rintangannya, peringatan ini dari Junjungan Mulia al Rasul mesti menjadi panduan untuk kita semua yang mengaku beriman kepada Risalahnya dan kebenaran ajarannya yang bersumberkan Wahyu Ilahi.


M
aka dengan berbekalkan semangat untuk mendapatkan hak kebenaran dlm pilihanraya kampus yg lebih adil, baru-baru ni (sabtu lepas) bertempat di dataran merdeka KL telah diadakan satu demonstrasi aman anjuran SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) & GAMIS yg dinamakan Walk for Democracy..penganjuran demo ni bertujuan untuk menuntut 2 tuntutan mahasiwa iaitu menuntut sistem pilihanraya kampus yg adil dan telus daripada pihak pentadbiran kampus dan juga untuk memberi cakna kepada massa setempat bahawa suara mahasiswa di ambil remeh oleh pentadbiran university.


Walk for democracy ini berjaya mengumpulkan ramai mahasiswa di setiap kampus di Lembah Klang. Perarakan yg sememangnya dibuat secara aman ini telah “digangu” dan "dimanipulasi" oleh pihak polis yg sentiasa “tegas,adil,berhemah”..=P..mahasiswa ni berkumpul bukan nak menjatuhkan pihak pentadbiran university atau nak susahkan polis datang kawal mahasiswa ni..mahasiswa ni tahu la yg uncle-uncle polis ni banyak lagi kerja nak dibuat. so xpayah la kot nak “kawal” & suraikan mhsiswa ni..mhsiswa ni kan golongan yg berintelektual..bila dah mulakan sesuatu, mestilah pandai jg mengakhiri sesuatu..pandai2 la mhsiswa ni nak balik nanti..tp xpela, uncle polis..mhsiswa sgt memahami uncle-uncle polis yg berkerja mengikut arahan..bak kata kumpulan lawak SENARIO “bertindak mengikut arahan!”. Tp arahan dari siapa yek??huuhuu..

sedikit perkongsian gambar2 yg sempat di ambil: ..


(ada lagi gmbr dlm kamera yg xsempat nk transfer..nantikan gmbr yg lain..huhu=)



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Herbert Spencer said : "Next in importance to freedom and justice is popular education, woithout which neither nor justice can be permanently maintained" ...hmmm popular education=demonstration=walk for democracy??huhu..student POWER!! (^_^)


Saturday, January 23, 2010

HARI LAHIR

Assalamualaikum wbh..setelah berkali-kali sel-sel otak ini memproses maklumat yg datang dari ruang hati, maka diriku membuat keputusan untuk berkongsi sesuatu di ruang blog ini..
ingin ku berkongsi sesuatu yg amat penting mengenai perustiwa penting saban waktu yg akan dilalui oleh setiap insan..HARI LAHIR..maafkan ku kerana agak lewat posting pasal HARI LAHIR ni..hmm hari lahir siapakah ini sebenarnya?sudah tentu la hari lahirku yg jatuh pada 17 Januari 1988, saat aku memulakan sebuah kehidupan & amanah sbg Khalifatullah..Alhamdulillah wa syukurillah Allah telah memberi lagi ruang untuk diri ini bernafas dan menumpang hidup di dunia ini..

Tanggal 17 Januari 1988,lahirlah diriku dari rahim emak tercinta setelah 9 bulan lamanya menumpang kasih diruang rahimnya..Dan pukul 4.30 petang juga ayah menghulurkan tangan sasa penuh kelembutan menyambutku utk diiqamahkan..Allah, sungguh besar jasa & pengorbanan keduanya membesarkan anak anugerah Allah..terima kasih mak ayah, jasamu tidak ternilai..tidak mampu rasanya utklu membalasnya dengan harta & wang ringgit melainkan berbakti kepadamu..

"Dan Kami perintahkan kpd manusia (agar berbuat baik) kpd keduanya. Ibunya tlh mengandungnya dalam keadaan lemah yg bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kpd-KU dan kpd orang tuamu. Hanya kpd-KU kembalimu" (Luqman:14)

Malam ulangtahun kelahiranku, adalah saat yg dinantikan kerana masuknya usiaku ke-22 (tua da..(^_^)..) dengan penuh kesyukuran ku sujud padaMU kerana ni'mat usia ini dan ni'mat Iman & Islam di usia ini..Alhamdulillah..dan ini juga bermakna semakin pendek usiaku menanti saat kematian..adakah bersedia diri ini menanti saat itu?Ya Allah tetapkanlah hatiku utk Islam & ketaatan kepadaMU.

Hati berbunga melihat mesej masuk hnsetku..ucapan istimewa dari orang tuaku (da mlm xsempat nk call..huhu.)..ringkas tp sgt padat.
"my beloved daughter, mak ayah doakn semoga panjang umur, murah rezeki, jadi pelajar cemerlang, anak & pejuang solehah dunia & akhirat dan dapat jodoh orang beriman..amiin"
sebak hati ini membaca mesej ni..walaupon ayat yg biasa namun doa tulus ikhlas yg luarbiasa dari mak ayah yg sntiasa mndoakn anaknya..

izinkan juga untukku berkongsi kata2 dan doa dr shbt2 yg mengucapkan ucapan sempena hari lahirku. (memang inbox penuh la masa tu..huhu)sedikit perkongsian yg kuterima dr kawan2 & shbt2 seperjuangan :

~untukmu adik yg tersayang..jgn kecewa dgn mslh harini shingga terlupa akn kbhgiaan hari esok, krna mgkn esok Allah menyediakan sebuah kbhgiaan utkmu sbgai hadiah ketabhan harini..>",<..salam penuh barakah di hr ulgthunmu..sayang ain~ 17 jan 2010, 00:02 ~slm jihad buatmu shbt..mg tetap bersemangat..epi besday ain=>..xleh ngaku 12thn dah lps ni yek~17 jan 2010, 00:15

~happy birthday yg k22..smga pnjg umo, dimurahkan rzeki n brjaya dlm hdp~ 17 jan 2010, 00:17

~salam ain saaaayang..sanah helwah ya ukhti habibati..mg pnjg umur n murah rezekinya..mg cpt n dprmudahkn jodohnya..amiin..saaayanng ain(",) 17 jan 2010 , 00:19

~nilai ukhwah itu trlalu agung tk disingkirkan dlm hdp manusia. dlm tawa ada duka, dlm benci terselit kasih syg y abadi..keindahan dlm perhubungan sukar utk digambarkan..wlau kadangkala trjadi sengketa, tangis & tawa krn tak semua insan memahami erti persaudaraan..& inginkumnjadi saudaramu selamanya..Hepy bthday 22!!~17 jan 2010, 00:46

~harini hr lahirmu, hr ini btmbah lg usiamu, hrni akn btmbah jua tggungjwbmu, hr ini akn mnjdikan drimu lbh mg..dek ujian yg akn mndtg..hr ni akn mjd saksi ketabahn drimu mgharung onak dan duri..hari ni Allah tlh memendekkan lg jrkmu dgnNYA, semakin brkurangtempoh utk beramal, semakin kubur mmpersiap tmpt utkmu, smkn brsedia malaikat maut dtg mnjempt,smkn dkt ms amalan dphitung..dan smkn hmpir haruman firdausi atau azabny jhnam..Hepi Beday!~ 17 jan 2010, 00:47

~Jadiknlah y tebal itu iman, y nipis itu lidah, y tajam itu akal, y lembut itu hati, y ringan itu solat, y halus itu suara, y luas itu ilmu & y manis itu senyumanmu..=)..>eid milad ain..yea2, ain dh 22..kte sme baya tau skg.hehe..i xla tua sgt kn.=)..smg pjg umur dlm ketaatan dan keredhaaNY..akak luv n miss u so much..~ 17 jan, 00:54

~Allah menguji k'ikhlsn bl brsndrian,Allah mmberi kdewasaa bl ade mslh,Allah mlatih kesabaran dlm ksakitan,ALlah xprnh mgmbil sesuatu y kte syg kcuali dgn mgntikan y lbh baik..=)..slmt hr lahir, adikku comel~ 17 jan, 00:50

~hepi bufday ain! semoga dipnjgkan umo, dmurahkn rzki, dan dlebihi segalanya dlm hdup keyh..~ 17 jan, 01:02

~slamat ari lhr ain=)..smg dmurhkn rzki,dpnjgkn umr, dprmudahkn lam sume urusan..=).akk syg ain..tme ksh ain~ 17jan, 01:05

~slm..buat shbt..andai kamu bntu dlm mncari mkna hdup, mhnlah pd Allah krn Dialah yg Maha Mengetahui sgalanya..Dengan sifat Ya 'Alimnya, I'allah..jln itu lh yg tbaik..ikutlh suara hati, krna itu dr Allah..miss u~ 17jan, 01:15

~sanah helwah ain..=)..terus senyum wlw susah..go3x~ 17jan, 06:38

~selamat ulgthun keputerian ain syg yg k22..moga: dpnjgk umr, dmurahkn rezki, permudahkn sgala urusan, dkurniakn kesihatan brpnjangan, dlapangkan dada dlm mnuntt ilmu, dberikn kjayaan d dunia & akhirat.ameen..n yg pnting mnjadi anak yg solehah, penyejuk perut mak yg mengandungkan n penenang hati ayah yg mndidik..syg ain.he5~ 17jan, 07:01

~salam. hepi bufday sweet 22 to ain..=)..mg bjaya dlm apa jua bidang yg dceburi~ 17jan, 07:18

~
~harini hr lahirmu, hr ini btmbah lg usiamu, hrni akn btmbah jua tggungjwbmu, hr ini akn mnjdikan drimu lbh mg..dek ujian yg akn mndtg..hr ni akn mjd saksi ketabahn drimu mgharung onak dan duri..hari ni Allah tlh memendekkan lg jrkmu dgnNYA, semakin brkurangtempoh utk beramal, semakin kubur mmpersiap tmpt utkmu, smkn brsedia malaikat maut dtg mnjempt,smkn dkt ms amalan dphitung..dan smkn hmpir haruman firdausi atau azabny jhnam..Hepi Bfday! =)~ 17jan, 09:18

~hepy besday ain..smg pnjg umur & murah rezki, doakn kjayaan kta bersama..smg istiqamah d jln Allah..slm syg dr k.marlina~ 17jan, 09:19

~Secebis KERINDUANku kirimkn btmu...Dgn harapan agar secebis ini m'jadi SELAUTAN, & SELAUTAN ini mjadi saksi SELURUH ALAM, betapa P'KENALAN kte amatku hrgai..;-) hpfuly,im d last 1 who wish u hepi blated besday..seiring masa b'lalu,seiring lgkah b'satu..baarakallahu fiik..:-)~ 17jan, 10:13



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > syukran jazilan buat semua keluarga & sahabat2 yg sentiasa mendoakan diri ini..(^_^)..maaf byk ye lambat posting entry ni..(da 8 hari berlalu)

Friday, January 22, 2010

Keputusan PRK UIAM 09/10


Keputusan PRK UIAM 09/10

KUANTAN CAMPUS:

ALLIED HEALTH SCIENCES
Marlina Bt Mohd Zain - 144
Mohd Hakim B. Zakaria - 212 Nurhasnah Bt Mazalan - 101

NURSING
Fauzan B. Mohamed - 87
Hakim B. Rahmat - 121 Siti Hajar Bt. Mohd - 64

PHARMACY
Ahmad Mustaqim B. Ariffin - 95
Hanisah Bt Kamarudin - 68
Nur 'Atiqah Bt Hussin - 57

DENTISTRY
Mohammad Badiuzzaman Tuan Ibrahim

MEDICINE
Mohd Fahmi B. Nain - 177
Noor Idayu Bt. Ibrahim -196
Syazwani Bt. Sanusi - 221

SCIENCE
Muhammad Aklil B. Ayob - 353
Nadzirah Bt . Redzuan - 132
Siti Khadijah Bt. Imam Supa'at - 272

INTERNATIONAL
Anas Ismaiel
Faez Saleh Ahmad Batis
Tarik B. Alamgir
Yusuf Khidir Alkazimy

GOMBAK CAMPUS:

AIKOL
Izyan Hazwani Bt. Ahmad
Muhammad Shauqi B. Suhaimi

ARCHITECTURE
Muhammad Faris Ismail
Nur Atiqah Bt. Mohd Nissfu

ECONOMICS
Abdul Aziz B. Abu Hasan - 352
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin - 586
Hafizul Ariri B. Rusmani - 411
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin - 896
Muhammad Syazwan B. Suhaimi - 921

ICT
Ahmad Rafiqi B. Rosli - 181
Khadijah Adibah Bt. Ahmad - 154
Muhammad Nurazim B. Azman - 161
Norazlina Bt. Mohd Nawi - 147
Nursyahidah Bt. Ahmad - 120
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan - 146

ENGINEERING
Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh - 855
Muhammad B. Ahmad Kamal - 498
Muhammad Firwan Bin Norliza - 838

IRKHS
Noor Yusri B Wahi Anuar - 1231
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi - 531
Siti Fairuz Bt Kadri - 1027
Zatil Arifah Mohd Amin - 1309

persoalan pada diri

hati memaksa jiwa memberontak akal mentafsir..
bila lagikah akan ku kemaskini dengan isu-isu, pengisian, aktiviti mahupun apa shaja perkongsian dlm blog www.pencinta-illahi.blogspot.com ini??...................
hmm...

Monday, January 4, 2010

Hati merintih

Ya Allah,


saat diriku jauh dariMU,


KAU peluklah daku seeratnya dengan payung rahmatMU


agar aku dapat terus menikmati manisnya nikmat iman


anugerah dariMU sebelum mata ini terpejam rapat buat selamanya..




Ya Rabbul Izzati,


tika diri ini tersasar langkah,


KAU berikanlah keampunan & kasih sayangMU yg MAHA KASIH itu,


agar bisa ku kembali meneruskan titian hidup dgn ini


dengan penuh kehambaan sebelum nafasku terhenti..




Ya Allah...


Aku merintih padaMU..