CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, May 20, 2010

SINERGI KELUARGA BAHAGIA DI PULAU PINANG


Mengendalikan keperluan kerjaya dan rumahtangga merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh kita semua. Sama ada di peringkat mencukupkan keperluan asas, hingga ke peringkat kepakaran kita yang diperlukan oleh orang ramai, kesemuanya menyumbang kepada perebutan masa, fizikal, minda, emosi malah spiritual individu. Sebahagian manusia beralah dan mula mempercayai bahawa mereka perlu memilih salah satu daripada keduanya. Mustahil untuk kerjaya dan rumahtangga mampu berjalan seiringan.

Hakikatnya, kerjaya dan rumahtangga, kedua-duanya terbina di atas kualiti MANUSIA sebagai kausa prima. Sejauh mana kita berjaya mengurus dan mengoptimumkan kemanusiaan diri, di situlah kunci kejayaan berada. Dukunglah nilai yang sama pada melihat potensi dan cabaran di tempat kerja, sebagaimana juga di dalam keluarga, nescaya kerjaya menyumbang kepada kualiti hidup berumahtangga, dan rumahtangga pula menyumbang kepada kecemerlangan kerjaya. Beruntungnya kita, ISLAM bukan sahaja menyediakan nas dan teori sebagai rujukan asas, malah Sirah Nabawiyyah dan legasi para ilmuan turut menyediakan pelbagai panduan praktis untuk diadaptasikan ke dalam kehidupan semasa.

Menyuntik nafas baru kepada legasi Islam, dan menyaring pakai berteraskan Islam legasi kajian semasa di Timur dan Barat, adalah kepakaran Jurulatih Utama program ini, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Seorang anak, suami, bapa, pendakwah, blogger dan kolumnis majalah sepenuh masa, beliau melengkapkan kesibukan dan cabaran kehidupan dengan beristerikan seorang doktor pakar di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Islam tidak dihuraikan secara teori semata malah disampaikan dengan mengambil kira realiti kehidupannya sendiri yang berada di kemuncak permintaan.

Aku Terima Nikahnya (2008), Bercinta Sampai ke Syurga (2009) dan terkini Murabbi Cinta(2010), adalah tiga buku karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang sudah terjual melebihi 50 ribu naskhah.

Seminar Sinergi Keluarga Bahagia adalah modul yang memindahkan segala panduan yang terdapat di dalam karya-karya itu tadi kepada sebuah model pengurusan kerjaya dan rumahtangga untuk dimanfaatkan bersama oleh orang ramai. Jemput hadir beramai-ramai ke program ini. Ia medan anda melihat kerjaya dan rumahtangga dengan pandangan paling optimis tatkala kedua-duanya dipandang daripada pandangan Pencipta kehidupan yang Rabbani.

Pembayaran boleh dibuat secara bank in ke akaun:

Maybank 562674 203481 (Atas nama: SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY)

Slip pembayaran, mohon diemel ke alamat

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi:

ENCIK ASHRAF FAUZI
Wisma NZA, Lot 11,
Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman,
68000, Ampang, Kuala Lumpur.
Tel : +6 013 300 5169
Fax : +6 03 4260 4241
Web (Main) : www.saifulislam. com
Web (Company) : www.stc.my



--
AHMAD ASYRAF SHARI
Master Apprentice,
ICMIC-UniKL Academy Sdn Bhd
www.ulumcordova. com

cuitan kata pencinta ilmu > "keluarga bahgia ummah sejahtera" =)