CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, February 9, 2010

Perak oh Perak!

Salm pjuangan buat semua! Akhirnya keputusan kes Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah diketahui semalam. Paenl hakim Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yg sah.





Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut. Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.







Harapan kepada Datukl Seri Zambry semoga anda dapat menjalankan amanah ini dengan sebaiknya. Amanah ini sgtlah besar dan akan dipersoalkn di akhirat kelak.


Allah s.w.t berfiirman yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan(menyuruh kamu)apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.” (An-Nisaa: 58)


Bila sudah duduk di dewan rakyat nanti jangahlah pula ada diskriminasi terhadap ADUN PR yg lain. Buktikan bahawa kepimpinan anda adalah adil dan penuh kebajikan!!


Hmm...Teringat dan terkesan aku pada kata-kata Nabi lagi yang bermaksud: “Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah masa kehancuran. Ketika ditanya “bagaimana mensia-siakannya?” Nabi menjawab: Apabila jawatan pemimpin diserahkan kepada orang yang tidak layak.” Allah swt jualah yg Maha Agung dan Maha layak untuk menilai seseorang itu.




Aku sebagai mahasiswa lebih suka dan opitimis andainya keputusan memilih MB ini dipilih secara demokrasi. melalui sistem pilihanraya yg lebih telus hasil sokongan dan mandat daripada rakyat sendiri. kan lebih berintegriti macam tu. namun, selagi autoriti berada pd mereka yg lebih "mementingkan kepentingan kuasa" selagi itulah kebatilan akan terus berleluasa. bukanlah aku nak menyalahkan atau menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi sebagai manusia yang waras akal fikirannya sudah tentulah pemilihan seorang pemimpin perlulah diatas jalan yang lebih telus dan tidak melanggar hukum syarak serta memberi peluang yg seluasnya kepada semua pihak untuk memilih. dahulukan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. PUT FIRST THINGS FIRST!



Buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, terusk perjuangan anda! Jalan kebenaran pasti terbentang luas dan bakal menyinari Datuk dengan kesabaran anda! Segalanya adalah ujian yg telah ditetapkan untuk kita semua sebagai Khalifatullah..ujian adalah rahmat buat kita yg berjuang untuk kebenaran, I'Allah.



Firman Allah yg bermaksud : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157). "



Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, teruskan semangatmu! aku percaya rakyat Perak memang mahukan Datuk sebagai pemimpin mereka. Hakikatnya Datuk tidak kalah pada "mahkamah rakyat"! Innallah ma'ana.





CUITAN KATA PENCINTA ILMU : bak kata Datuk Seri Nizar "STAY CALM AND CONSERVE ENERGY!". yeahh, terbaik! (^_^)..huhu















0 comments: