CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, February 19, 2010

Kanak-kanak Riang



salam kasih sayang..sengaja entry kali aku nak kongsikan pasal kanak-kanak dan spesifiknya 2 orang kanak-kanak dari kaum keluargaku..mungkin kerana rindu ini terlalu bersarang pada mereka..ahaks..lagi2 kerinduan pada 2 insan comel yg sgt suka aku usik. jijim n muna. pe la perkembangan mereka ya. xpe, cuti sem nanti akan ku "serang" mereka berdua..huhu..

untuk pengetahuan pembaca yg budiman, aku ni memang seorang yg sukakan kanak-kanak. pantang jer nampak budak kecil, pasti akan ku cubit2 pipi mereka.huhu. kata orang, melayan kanak-kanak ni boleh mengurangkan tension. =)

sedikit tentang kanak-kanak :

‘Kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan kepadanya.’- Beecher. Ni aku ambik dari kata-kata pemikir Barat. sekadar mmberi perbandingan.

Pendidikan awal bagi diri anak-anak adalah kehidupan di sekelilingnya. Gerak laku dan tutur kata ibu bapa serta orang-orang di sekelilingnya sentiasa di dalam pemerhatian anak-anak tanpa kita sedari. Gaya didikan ibu bapa dan persekitaran rumah memainkan peranan penting dalam membentuk sikap awal anak-anak. Apa yang dilihat dan dipelajari di rumah dan di sekelilingnya akan menjadi panduan dalam hidupnya.

Nilai-nilai yang terbentuk sejak awal tidak mudah untuk diubah melainkan jika ibu bapa menerapkan nilai-nilai ini setiap hari secara konsisten melalui aktiviti harian biasa. Ibu bapa adalah pendidik pertama dan utama anak-anak. Tugas ini tidak boleh diambil alih oleh sesiapa pun.

Di dalam memastikan bahawa anak-anak menerapkan nilai-nilai yang baik di dalam hidup mereka. peranan ibu bapa adalah untuk mengawas mereka, dan bukannya mengawal. Pengawasan yang menyeluruh dan berhemah daripada ibu bapa boleh membantu anak-anak membina waja diri yang kukuh.

Namun, bagi aku dan semua umat Islam pendidikan yg berteraskan Islam adalah sebaik-baik pendidikan. Hadith Nabi SAW "anak2 ibarat kain putih, ibu bapalah yg mencorakknya samada Yahudi Nasrani atau Majusi". Pendidikan awal kanak-kanak haruslah di ambil dari konsep pendidikan Islam yg mengajar keseluruhan cara hidup dengan peradaban yg sangat mulia untuk mnjadi insan Rabbani.

Konsep pendidikan yang bersumber dari Al-Qur’an dan hadis Nabi SAW bertujuan menciptakan manusia yang sempurna di masa mendatang. Dalam konsep ini, pendidikan dimulai sejak dari masa prahamil hingga ketika anak sedang melewati masa remajanya, malah hingga akhir usia.

Aku sebagai manusia biasa sudah tentulah mengimpikan keluarga sakinah sendiri. ingin mendidik anak-anak dengan didikan Islam agar dapat mereka mnjadi anak yg soleh solehah yg mnjadi mata-mata rantaian perjuangan Nabi Muhammad Saw, I'Allah. Tapi mungkin bukan sekarang waktunya.hehe..apepun, kuserahkan segalanya pada Illahi. Teruskan fokus pada gerak kerja dan pelajaran! (^_^)


Ok, serba sedikit mengenai jijim(nama manja) :


~mohd naufal hazim bin aizil nur izha
~1 tahun 5 bulan
~bakal dapat adik baru tengah bulan ni
~cepat nangis (aku dah duk sebatu dari die pun nk nangis jgk)
~bijak & cepat belajar
~baru "dapat kaki"
~kuat makan
~suka sgt main handset
(hazim ni anak sepupu aku)



serba sedikit tentang si comel ini pula:


~nurul muna izzah bt ma'ruf
~1 tahun 8 bulan
~baru "dapat kaki"
~kuat pendirian..huhu
~semua benda yg ada kt tangan akan masuk mulut
~kuat tidur
~otak cerdas
~suka senyum
(muna ni anak makcik aku)



yg ni adalah koleksi gmbr anak pakcik (iqbal) n anak sahabat2 aku:




Gambar yg ini pula adalah koleksi yg ada dalam laptop aku. tak ingat dah dari mana aku dapat. entah anak siapa..huhu. Tapi yg penting mereka juga adalah makhluk Allah yg perlu diberikan kasih sayang agar mnjadi insan soleh solehah..=)



Maha Suci Allah yg telah menciptakan sekalian manusia dgn cantik sekali. Sungguh tenang melihat wajah-wajah suci ini. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!


CUITAN KATA PENCINTA ILMU : dulu masa aku kanak-kanak mak aku kata aku kecik sgt. kurus kering gle..tp bile dah besar.................................. (^_~)

Tuesday, February 9, 2010

Perak oh Perak!

Salm pjuangan buat semua! Akhirnya keputusan kes Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah diketahui semalam. Paenl hakim Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar Perak yg sah.





Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut. Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.







Harapan kepada Datukl Seri Zambry semoga anda dapat menjalankan amanah ini dengan sebaiknya. Amanah ini sgtlah besar dan akan dipersoalkn di akhirat kelak.


Allah s.w.t berfiirman yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan(menyuruh kamu)apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.” (An-Nisaa: 58)


Bila sudah duduk di dewan rakyat nanti jangahlah pula ada diskriminasi terhadap ADUN PR yg lain. Buktikan bahawa kepimpinan anda adalah adil dan penuh kebajikan!!


Hmm...Teringat dan terkesan aku pada kata-kata Nabi lagi yang bermaksud: “Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah masa kehancuran. Ketika ditanya “bagaimana mensia-siakannya?” Nabi menjawab: Apabila jawatan pemimpin diserahkan kepada orang yang tidak layak.” Allah swt jualah yg Maha Agung dan Maha layak untuk menilai seseorang itu.




Aku sebagai mahasiswa lebih suka dan opitimis andainya keputusan memilih MB ini dipilih secara demokrasi. melalui sistem pilihanraya yg lebih telus hasil sokongan dan mandat daripada rakyat sendiri. kan lebih berintegriti macam tu. namun, selagi autoriti berada pd mereka yg lebih "mementingkan kepentingan kuasa" selagi itulah kebatilan akan terus berleluasa. bukanlah aku nak menyalahkan atau menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi sebagai manusia yang waras akal fikirannya sudah tentulah pemilihan seorang pemimpin perlulah diatas jalan yang lebih telus dan tidak melanggar hukum syarak serta memberi peluang yg seluasnya kepada semua pihak untuk memilih. dahulukan kepentingan rakyat lebih daripada kepentingan peribadi. PUT FIRST THINGS FIRST!



Buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, terusk perjuangan anda! Jalan kebenaran pasti terbentang luas dan bakal menyinari Datuk dengan kesabaran anda! Segalanya adalah ujian yg telah ditetapkan untuk kita semua sebagai Khalifatullah..ujian adalah rahmat buat kita yg berjuang untuk kebenaran, I'Allah.



Firman Allah yg bermaksud : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157). "



Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, teruskan semangatmu! aku percaya rakyat Perak memang mahukan Datuk sebagai pemimpin mereka. Hakikatnya Datuk tidak kalah pada "mahkamah rakyat"! Innallah ma'ana.





CUITAN KATA PENCINTA ILMU : bak kata Datuk Seri Nizar "STAY CALM AND CONSERVE ENERGY!". yeahh, terbaik! (^_^)..huhu















Kursus Bina Pengaruh

TARIKH : 27 FEB 2010 (SABTU)
MASA : 9.OOAM-5.OOPM
LOKASI : BANGUNAN KULIYYAH KEJURUTERAAN , UIAM
YURAN : RM130.00
YURAN BERKUMPULAN (5 ORANG) : RM600.00
YURAN UTK PELAJAR UIAM : RM110.00
YURAN EARLY BIRD (SEBELUM 13 FEB) : RM100.00


for more details, clik here