CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, August 2, 2009

Konsert Antara Dunia '09 (KAD '09)




Assalamualaikum wbh..Alhamdulillah hari sabtu kelmarin, 1 Ogos 2009 telah berlangsung dengan jayanya KAD '09 (konsert antara dunia) anjuran GAMIS (Gabungan Mahasiswa se-Malaysia) dengan Rabbani Production..memang nampak gempak jer konsert semalam hasil persembahan 4 kumpulan nasyid iaitu Rabbani, Raihan, Hijjaz dan kumpulan nasyid dari Indonesia Shoutul Harakah..tahniah pada Gamis kerana berjaya mengadakan konsert berunsur dakwah ini..dengan bertemakan kehidupan manusia melalui lima dunia (alam) iaitu alam roh,kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat..serta diadun dlm satu persembahan yg cukup menarik menerusi lagu2 nasyid, tayangan multimedia, pentomen, sajak..satu kelainan dari Gamis dlm ruang lingkup dakwah umum..=)

pencinta ilmu pun turut terlibat sebagai sub-committee welfare..UIA memegang amanah sebagai komiti kebajikan dan persiapan pentas..saja mencuba bekerja utk program besar macam ni dan ternyata memang mencabar namun dapat mengasah bakat kepimpinan dan memberi pengalaman bekerjasama dengan menjayakan program ini dengan komiti dari IPTA dan IPTS lain dari Lembah Klang.pengalaman yg seronok dan bermanfaat bagi pencinta ilmu..(^_^)


KAD 'o9 ini bukan sekadar konsert, malah pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti perandingan sukaneka, persembahan kanak-kanak tadika dari dengan kerjasama PERTIM, Family Game..sangat comel adik-adik tadika ni buat persembahan macam berdikir barat, senam robik dan lain-lain..=)



Pada malamya maka berlangsunglah konsert ini dengan ucapan Presiden Gamis, saudara Dzulkhairi dan perasmian oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat..dan KAD '09 bermula dgn lancar hingga akhirnya..memang best..tahniah kepada semua komiti, Gamis, penaja konsert, Rabbani Production dan semua pihak yg terlibat secara langsung ataupun tidak..semoga usaha dakwah ini diberkati dan dapat diteruskan di lain masa,InsyaAllah..Gambatey!! (",)














CUITAN KATA PENCINTA ILMU > bangga dan terharu dengan hasil usaha kerja sahabat-sahabat muslimin dan muslimat UIA dalam unit kebajikan konsert ni..you all memang best! (^_^)..kembali bersemangat bile dengar kumpulan Shoutul Harakah wat persembahan..any clubs or society nk jemput dorang wat performance kt UIA?he2..=>

1 comments:

Idham Fitri Adi said...

lama tak dengar khbr ya pencinta ilmu