CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, August 2, 2009

Konsert Antara Dunia '09 (KAD '09)




Assalamualaikum wbh..Alhamdulillah hari sabtu kelmarin, 1 Ogos 2009 telah berlangsung dengan jayanya KAD '09 (konsert antara dunia) anjuran GAMIS (Gabungan Mahasiswa se-Malaysia) dengan Rabbani Production..memang nampak gempak jer konsert semalam hasil persembahan 4 kumpulan nasyid iaitu Rabbani, Raihan, Hijjaz dan kumpulan nasyid dari Indonesia Shoutul Harakah..tahniah pada Gamis kerana berjaya mengadakan konsert berunsur dakwah ini..dengan bertemakan kehidupan manusia melalui lima dunia (alam) iaitu alam roh,kelahiran, kehidupan, barzakh dan akhirat..serta diadun dlm satu persembahan yg cukup menarik menerusi lagu2 nasyid, tayangan multimedia, pentomen, sajak..satu kelainan dari Gamis dlm ruang lingkup dakwah umum..=)

pencinta ilmu pun turut terlibat sebagai sub-committee welfare..UIA memegang amanah sebagai komiti kebajikan dan persiapan pentas..saja mencuba bekerja utk program besar macam ni dan ternyata memang mencabar namun dapat mengasah bakat kepimpinan dan memberi pengalaman bekerjasama dengan menjayakan program ini dengan komiti dari IPTA dan IPTS lain dari Lembah Klang.pengalaman yg seronok dan bermanfaat bagi pencinta ilmu..(^_^)


KAD 'o9 ini bukan sekadar konsert, malah pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti perandingan sukaneka, persembahan kanak-kanak tadika dari dengan kerjasama PERTIM, Family Game..sangat comel adik-adik tadika ni buat persembahan macam berdikir barat, senam robik dan lain-lain..=)



Pada malamya maka berlangsunglah konsert ini dengan ucapan Presiden Gamis, saudara Dzulkhairi dan perasmian oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat..dan KAD '09 bermula dgn lancar hingga akhirnya..memang best..tahniah kepada semua komiti, Gamis, penaja konsert, Rabbani Production dan semua pihak yg terlibat secara langsung ataupun tidak..semoga usaha dakwah ini diberkati dan dapat diteruskan di lain masa,InsyaAllah..Gambatey!! (",)














CUITAN KATA PENCINTA ILMU > bangga dan terharu dengan hasil usaha kerja sahabat-sahabat muslimin dan muslimat UIA dalam unit kebajikan konsert ni..you all memang best! (^_^)..kembali bersemangat bile dengar kumpulan Shoutul Harakah wat persembahan..any clubs or society nk jemput dorang wat performance kt UIA?he2..=>

Resolusi Himpunan ISA?



Assalamualaikum wbh..Alhamdulillah atas nikmat hidup yg tlh Allah swt berikan utkku dan sekalian manusia..dan atas nikmat itu jg lah pencinta ilmu berkesempatan up date blog yg rasanya lama dah x up date..sibuk barangkali..ahh, manusia memang suka mencipta alasan! adakan "sibuk" merupakan satu alasan retorik atau memang betul2 sibuk??tapi sibuk dengan apa pencinta ilmu ni??hrmm lantas hati teringat akan Firman Allah yg bermaksud " Wahai org yg beriman, mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih?..iaitu kamu beriman kpd Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu.itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui" (As-Saff:10-11)..yaa, kini ku yakin "kesibukan perdagangan" ini lah jln hidupku..jihad di jalanNYA dan jihad menuntut ilmu..namun itu bukanlah alasan utkku tak up date blogku..pencinta ilmu harus memperbaiki lagi tahap pengurusan masa agar lebih efektif lebih2 lagi dah naik tahun 2 ni..huhu (^_^)

Wah panjang la pulak mukaddimah utk entry kali ni..he2..berbalik kpd tajuk asal posting pencinta ilmu kali ni, suka lah utk pencinta ilmu berkongsi sedikit maklumat pasal himpunan ISA yg berlangsung semalam..lepas habis dari perhimpunan semalam, satu sidang media khas yg diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.



Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini..hrmm semoga tuntutan perhimpunan semalam akan di ambil tindakan oleh oihak berwajib..sama-sama lah kita nantikan apa yg akan berubah selepas ni..stay tune.he3..

CUITAN KATA PENCINTA ILMU > rakyat mahukan perubahan..pulihkan sistem demokrasi!