CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, June 23, 2009

Kisah Duit =)

Cerite Duet~
Pada suatu hari, terjadilah dialog antara duet seringgit(RM1) ngn duet 50 ringgit(RM50)..




Singgit : salam bro! ko per cer? Lame x nmpk?? gi mner??

50hinggit : wassalam…emm..ak merate gi..konsert af, klcc, kfc,gi stadium tgk bola, cc,lepak times square..tmpt2 cmtu r..ko? lg jrg nmpk ko? Mne ko slalu lepak?

Singgit : hmm..ak mcm biase r(slow jer jwb)..xde tmpt len..SURAU..MASJID..SURAU~

(sumber:platinumcyber91.blogspot.com)

CUITAN KATA PENCINTA ILMU > dialog ni mmg menusuk kalbuku..siapa mkn cili dia terasa pedas.brsama la kte mnfaatkn sgala harta yg kita ada lg2 d jln Allah..=)

No more unity government??

Assalamualaikum wbh..Salam mahabbah buat semua pencinta keadilan..=)
Tertarik utk pencinta ilmu posting isu politik kali ni.lama benar rasanya pencinta ilmu x tulis isu politik..huhu..

Semalam 22 Jun 2009 Majlis Presiden Pakatan Rakyat tlh sepakat menegaskn utk menolak sebarang kerjasama membentuk kerajaan perpaduan..jelas kita lihat di sini pihak paktan rakyat bertindak bijak dgn segera mengelurkan kenyataan ni sebelum ianya mnejadi lebih parah..jika kita perhatikan n hayati isu ini, kita akan dpt rasa, malah bukan setakat rasa tp kita akan fikir bahawa ini merupaka satu permainan politik dari pihak barisan nasional utk memfitnah pakatan rakyat..
kita sedia maklum bahawa krisis kepincangan kerajaan barisan nasional tlh membuatkan mereka sanggup merencanakan apa sahaja demi "membersihkan" nama baik barisan nasional di bawah Dato' seri Najib Tun Razak..

Propaganda siapakah isu ini sebenarnya?? hrrm suka lah utk pencinta ilmu mmbawa pembaca sekalian mengimbas kembali sejarah silam Pas dahulu. Oleh kerana Pas merupakan salah satu komponen parti dlm pakatan rakyat, jadinye pencinta ilmu mengambil contoh kes Pas utk dijadikan sebagai perbandingan. masih ingatkah kita lg pada peristiwa pd tahun 1974 iaitu berlakunya pilihanraya pada masa itu dengan Pas bertanding atas tiket BN dan kemudiannya mendapat tentangan hebat dari bekas pimpinan sendiri kemudian membentuk Pakatan Bebas Bersatu? Namun pengorbanan pas tidak di hargai Umno pada ketika itu dengan mereka mengkhianati pas sendiri apabila Umno pada ketika itu kembali kukuh. Adakah jaminan bahawa tidak akan wujud lg pengkhianatan andainya pakatan rakyat bersatu dgn barisan nasional membentuk kerajaan perpaduan? lagipun, jika kita mengimbas kembali scene2 kekejaman barisan nasional terhadap pemimipin pakatan rakyat seperti memenjarakan Dato' sri Anwar Ibrahim, penahanan ISA beberapa pemimpin tertinggi pas, dan macam2 lg adakah kita sedia memaafkan kesalahan BN itu?

Ok la, bayangkan andai kata kita bersedia memaafkan pihak BN dan bersetuju utk membentuk kerajaan perpaduan tersebut adakah kita yakin nanti bahawa BN akan memberi beberapa jawatan penting dlm negara seperti Timb PM kepada pakatan rakyat?
Adakah begitu mudah utk pihak mereka menyerahkan "baton" portfolio kementerian kpd semua parti dlm pakatan rakyat? yela bila da dlm kerajaan perpaduan, kne bersatu padu memerintah negara..huhu..=)

Sedangkan bila ingin bemuzakarah mengenai sesuatu isu pun da hangat n berpanjangan ini lagi kn pula mengenai isu besar yg melibatkan pemerintahan negara..kita sudah semestinya tidak inginkan kerajaan perpaduan ini retorik semata dgn nmjadikan isu ini sebagai wadah utk kepentingan politik masing2..tetapi biarlah isu ini di perhalusi dgn matang dgn mengambil kira faktor kebajikan rakyat jelata..biarlah pakatan rakyat memperkukuhkan kedudukan sebagai "kerajaan alternatif" kpd rakyat dan memberikan komitmen yg terbaik bagi membentuk kerajaa persekutuan akan datang, biiznillah..kita tidak mahu yg dikejar xdpt, yg dikendong keciciran..

Perpaduan hanya berhasil menerusi keikhlasan. Sedangkan keikhlasan itu perlu dibuktikan menerusi perubahan sikap dan pendirian. Umno perlu terlebih dahulu berubah jika mahu tanggapan orang PAS mahupun sekalian rakyat terhadapnya diubah. Contohnya dgn membuktikan keikhlasan mreka dgn mengembalikan demokrasi rakyat di Perak menbubarkan DUN perak..huhu..=)..

Walau apapun tujuan kita berpolitik ini, sebagai org Islam yg harus di utamakan adalah utk menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia tercinta ini..Wallahu 'alam..(^_^)


We only will be united with Islam


CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Islam dan politik x dpt dipisahkan..

Monday, June 22, 2009

Rintihan hamba

Argghhh!
sakitnya hatiku.
pedihnya jiwaku.
sengsaranya fikiranku.
bergeloranya imanku.

Argghhh!
Kenapa mesti aku?
kenapa perlu jiwa ini?
kenapa harus diri ini?
kenapa? mengapa?

Argghhh!
layakkah aku terima ini?
sanggupkah aku hadapi?
bisakah aku lalui?
tegakah aku tempuhi?

Argghhhh.......................!!!

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dosa hambaMU ini,
terima segala taubatku ini,
terimalah kembali diri ini,
jangan KAu biarkan aku terus dlm kegelapan dosa2 lalu
jangan Kau biarkan aku dlm kegelisahan dosa2 kelmarin
jangan KAu biarkan aku dlm kesesatan kesalahan semalam

Ya Rabbi,
ku tahu kenapa mengapa diri ini yg dipilih utk mghadapi ujianMU,
ku tahu kenapa mengapa hati ini yg diuji,

Kerna Engkau merindukan suara ini berdoa kpdMU,
kerna Engkau merindukan jiwa ini merintih kpdMU,
kerna Engkau merindukan diri ini sujud memohon ampun kpdMU.
Sungguh hebat kerinduanMU pd setiap hambaMU..
namun adakah sekelumit rinduku pdMU??

Ya Illahi,
Aku redha dgn semua ujianMU,
akan ku gagahi menempuhinya,
akan ku kuatkan menghadapinya,
akan ku bajai iman ini utk mnjadi seutuh pejuang agamaMU.
Demi mencari sebuah Mardhatillah..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "


"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > coretan peribadi utk menginsafi diri sebagai muhasabah diri =)

Sunday, June 21, 2009

Assalamualaikum wbh..salam imtihan buat shbt yg masih lg berada dlm fatrah exam..sedikit coretan pencinta ilmu utk entry kali ni..=)

Alhamdulillah harini pencinta ilmu da abis exam utk short sem ni..paper Intro to Mass Commuication agk mencabar utk final ni namun mudah utk dijwab sbnrnya..byk kali diri ini dingatkan utk bertawakkal selepas habis sesuatu exam..yaa itulah tandanya kita bersukur sbnrnya..bersyukur dgn meletakkan kebergantungan kita pdNYA..setelah kita berusaha tawakkal adlh sebaik usaha jg selepas keluar dr dewan peperiksaan..madam selalu ingaktkn dlm class supaya teruskan brdoa sehingga saat result kita da kuar, malah teruskan brdoa d saat kta klik utk melihat result..Allah itu Maha Berkuasa atas segala2nya..doa senjata org mukmin..



CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Menenangkan hati bile kte berkata "tawakkaltu 'alallah"..(^_^)