CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, March 29, 2009

Final Exam



My final exam schedule

STUDY CIRCLE 2~21/3/09~(SATURDAY)

CREATIVE THINKING AND PROBLEM SOLVING~3/4/09~ (FRIDAY)

BAHASA MELAYU LANJUTAN ~4/4/09~(SATURDAY)

INTRODUCTION TO HISTORY &CIVILIZATION~4/4/09~(SATURDAY)

INTRODUCTION TO FIQH~7/4/09~(TUESDAY)

INTRODUCTION TO SOCIOLOGY~10/4/09~(FRIDAY)

REFLECTIONS ON PROPHETIC HISTORY~18/4/09~(SATURDAY)

FAIZA 'AZAMTA FATAWAKKAL 'ALALLAH

Selamat mghadapi final exam buat semua 'pengembara ilmu'..kejayaan kita adlah kejayaan utk Islam..letakkan kebergantungan kta kpdNYA..

"choose your target and struggle for it"



Cuitan kata pencinta ilmu > Detik demi detik, hari demi hari menghadapi ke 'medan jihad'..Allahumma naj'alna minan najihin fi kulli imtihan..=)

Wednesday, March 25, 2009

Berani Kerana Benar, Takut Bermakna Salah




Salam juang utk semua..da lame gak rasenye pencinta ilmu x posting..hee..ade je idea nk post tp xde kesempatan utk meluahkannya dlm blog..nak kata sibuk xdela sibuk manepun,ade insan2 yg lg sibuk..tp nk kata ade mase lapang pn, xdela lapang manepn..hrmm manusia, manusia!!xpernah brsyukur dgn ape yg d anugerahkan..Astaghfirullahal 'azim..mg Allah ampunkan sgl dosa2 ku &sekalian hambaNYa..let's go to the topic......................

"BERANI KERANA BENAR, TAKUT BERMAKNA SALAH"..
Ungkapan jelas yg tlh dberikan oleh seorang MB d ngri pntai timur mengenai isu penggantungan 2 akhbar utama daripada pembangkang..


Bak kate oghe klate (maafkan diriku andai tersalah) "bakpo ny mu nk takut?kalu doh salah tu meme melatah la gamakny"..knpa plu ade pihak yg melatah hingga mmbuat kputusan utk mggantung akhbar yg dikatakn mengamalkan integriti sejak dulu lg?lagi2 dlm nak mghadapi 3 pilihanraya kecil..hnya krana dikatakan trdpatnya brite yg yg berbaur fitnah dan penyelewengan fakta & mnyuntik prasaan benci kpd krajaan terus pihak yg bertanggungjawab menggantung 2 akhar tersebut?kenapa x dari dlu lg lpas pru 12 terus gantung?lg berbaloi andainy dikatakan nk avoid 2 akhbar tersebut sebar fitnah..at least org2 kt msia ni xdla "terpengaruh" dgn berita2 dr 2 surat khabar tu lps kemenangan besar pembangkang dlm pru12..mengapa dlm masyarakat msia nk mghadapi pilihanraya kecil di 3 kawasan kt msia ni pihak terbabit bertindak drastik mggantung permit 2 akhbar tersebut??


Lagi satu persoalan yg nak pencinta ilmu timbulkan...adakh kerana kuasa mmberi, menarik & menggantung permit sesuatu akhbar yg menjadi kuasa mutlak bg kementerian, bukannya mahkamah menyebabkan pihak menteri sesuka hati menggantung akhbar?pada pendapat pncinta ilmu, kuasa mmberi, mnarik & mggantung ini sepatutnya lebih telus andai nya diberikan sepenuhnya pd pihak mahkamah..dan pihak mahkamah pula bersikap adil dlm perkara ini..bukan ape, pncinta ilmu nmpak mmg jelaslah sebab pggantungan akbar tersebut bermotifkn politik semata.


Sebagai ngra yg dikatakan mengamalkan demokrasi sepatutnya rakyat bebas utk memillih ape jua bahan informasi dan pihak penerbitan akhbar bebas utk mengeluarkan apa jua berita yg benar, jujur dan berlandaskan hukum syarak & menepati perlembagaan ngara..


Andainya xde salah & berada pd pihak yg benar xprlulah utk melatah dan merasa takut dgn bayang2 sndri..beranilah kita kerana menegakkan kebenaran, takutlah kita krana melakukan kesalahan..


CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Read all the newspapers to make comparison..cintakan
kebenaran!

Wednesday, March 18, 2009

JADIKANLAH APA YG DILIHAT OLEH MATA ITU UTK BERFIKIR..DARI BERFIKIR ITU RASAKANLAH DLM HATI KEBESARAN PENCIPTANYA.

Wednesday, March 11, 2009

Muhasabah Diri Tunjang Kecemerlangan


Salam kecemerlangan buat para pencinta ilmu sekalian. bila baca tazkirah ni pncnta ilmu trfikir sejenak cemerlang kah aku?bagaimana nak capai tahap kesempurnaan kecemerlangan?sebenarnya x susah nk mncapai kcemerlangan andai diri btl2 tahu apa matlamat kita..what we want to achieve in this life? we have to determine the goals..


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tiin ayat 4 yang kira-kira bermaksud: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Menurut sesetengah ahli tafsir mengatakan bahawa kesempurnaan manusia itu meliputi dalam segala bentuk, baik dari segi fizikal, mental mahupun rohaniahnya. Lebih utama lagi manusia itu amat berbeza daripada makhluk-makhluk Allah yang lain. Manusia dimuliaan kerana kelebihan memiliki akal fikiran yang boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk kerana itulah agama Islam amat menghormati akal. Tidak akan tercapai ilmu kalau tidak ada akal.

Berkata Sayyidina Ali, "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam." Maka, untuk mencapai kecemerlangan itu hendaklah merubah diri dengan menjadikan lebih baik dari semalam. Bagaimana caranya?

Islam telah melatih penganutnya untuk sentiasa muhasabah diri (sentiasa membuat perhitungan atau menilai diri) yang bertujuan untuk membuat pembaikan. Seandainya dia menilai dirinya hari ini telah melakukan suatu kebaikan, maka hendaklah kebaikan itu akan terus bertambah pada esok harinya. Begitu juga dengan kesilapan atau kesalahan hendaklah ditukar kepada perkara kebaikan. Dengan muhasabah diri dia akan dapat mengetahui kesalahannya dan kesilapannya, maka akal pula yang akan berperanan berfikir dan membuat keputusan sama ada memperbaiki segala kesalahan dan kesilapan ataupun meneruskannya.

Sebagai contoh, jika hari ini kita mampu melakukan solat seorang diri, insya-Allah esok hari kita akan melakukan yang lebih baik daripada itu. Begitu juga dalam menghadapi peperiksaan, nilai diri sendiri, setakat mana pencapaian peperiksaan yang sebelumnya dan matlamat peperiksaan akan datang yang akan dicapai. Bertambah baik? Bertambah cemerlang? Ataupun sebaliknya?

Hari ini satu ilmu yang kita pelajari, maka untuk esoknya haruslah kita menambah ilmu itu lebih dari ilmu yang diperolehi semalam. Inilah yang dikatakan kecemerlangan.

Maka cara untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan itu hendaklah memulakan dengan muhasabah diri untuk mengetahui di mana kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri, seterusnya mempergunakan akal untuk berfikir cara mengatasinya.

Setelah mengetahui akan kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri dan tahu pula cara mengatasinya, hendaklah pandukan akal itu untuk mengarah seluruh anggota bagi memperjuangkan diri dalam mencapai matlamat yang diimpikan.

Di situlah akan terjadinya perjuangan kehidupan dalam mencapai kecemerlangan, baik kecemerlangan kehidupan, kecemerlangan beramal ibadat, kecemerlangan berfikir, kecemerlangan belajar mahupun kecemerlangan peperiksaan, dan dalam diri akan sentiasa mengatakan: 'Sudah cemerlangkah diriku?'

Seandainya jawapan yang diberikan 'Tidak,' maka pandulah dengan menggunakan akal fikiran untuk memikirkan lagi cara untuk menjadi orang yang cemerlang kerana keyakinan itu ada dalam diri umat Islam iaitu telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At-Tiin ayat 4 yang kira-kira bermaksud: "Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." yang memberi petunjuk bahawa manusia itu telah diciptakan Allah dalam bentuk yang sebaik-baiknya iaitu dalam keadaan yang cemerlangan.



Cuitan kata pencinta ilmu > CINTA KPD ALLAH

CINTA RASUL

CINTA IBU BAPA

CINTA SAUDARA

CINTA KECEMERLANGAN!

Tuesday, March 10, 2009

Surat saman versi halus



SALAM..secebis kisah utk pengajaran kita brsama trutamanya golongan pegguna jalan raya....


>> Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau
terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu
merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya
agak lenggang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia
boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera. Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, aku tak sempat untuk memijak pedal break mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.


>>> Prit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan
memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil ,mngumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya. Hey, itu kan Usof, teman sepermainannya semasa di sekolah menengah duhulu. Hati Harun agak lega. Ia melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.


>>> "Hai, Usof. Gembira sekali saya bertemu kau !"
>>> "Hai, Harun." Tanpa senyum.
>>> "Aduh, saya ni sebenarnya nak cepat sangat nih. Saya memang agak
terburu-buru. Isteri saya sedang menunggu di rumah."
>>> "Oh ye ke?" Nampaknya Usof agak ragu.
>>> " Ye la Sof, hari ini isteriku menyambut ulang tahun kelahiran. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menuggu "
>>> "Saya faham. Tapi, sebenarnya kami sering memperhatikanmu melintasi lampu merah di persimpangan ini."
>>> Ooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar
lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

>>> "Ok Run. Sebenarnya i melihatnya dengan jelas. Tolong keluarkan lesen dan
kad pengenalan.
>>>Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam
kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Usof menulis sesuatu
di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Usof mengetuk kaca
keretanya. Harun memandang wajah Usof dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca jendela itu
sedikit.
>>> "Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman."
>>>Tanpa berkata-kata Usof terus kembali ke tempat dia bertugas
>>> Harun mengambil surat saman yang diselipkan Usof di sela-sela kaca
kenderaan. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama
sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Usof:


>>> "Run, Tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak perempuan dan seorang
isteri yang cantik &baik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu
yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat
sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri pemandu seperti pemandu itu. Maafkan aku Run. Doakan agar aku memperoleh ganti semuanya. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Usof



>>> Harun terhenyak. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Usof. Namun, Usof sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.


Cuitan kata pencinta ilmu > Tak selamanya pengertian kita harus sama dengan pengertian orang
lain. Boleh jadi suka kita tak lebih dari duka sahabat kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT, BERKAT DUNIA AKHIRAT..INGATLAH KELUARGA TERSAYANG!

MAHASISWA MENTALITI PEMIMPIN



salam juang & salam kebenaran utk sume pncnta kebenaran sekalian..mg Iman kte sntiasa djga umpama mnjg pohon yg bakal mnjadi pokok..prlu dsemai,disiram,dbaja djaga utk mghasilkn pokok yg akhirnya mmberi manfaat kpd sekalian makhluk Allah d muka bumi..begitulh umpamanya iman kte..


Weekend aritu pncnta ilmu mghadiri satu pgram utk anak2 selangor(ISIS) brsama bbrapa or kuat PR n exco pendidikan,Dr Halimah..bagi pncnta ilmu pgram ni sgt la bagus & brmanfaat dgn mmberi peluang kpd mahasiswa selangor utkm mnyuarakn pndapat,pndangan,kritikn,komentar kpd krajaan slgor.. antara obkektif pgrm ni dbuat ialah sbg medium penyampaian muhasabah dan pandangan mahasiswa trhadap Kerajaan Negeri..sbg mhsiswa kita jg brperanan penting dlm kelancaran gerak kerja & kemajuan sesebuah kerajaan..mhsiswa mrupakan salah satu aset penting utk mncapai sesuatu matlamat & visi misi krajaan..oleh kerana itu mhsiswa plu memainkn peranannya tersendiri seiring dgn matlamat krajaan selangor utk mmperkasakan pendidikan kt selangor ni..ape sebenarnya yg plu mhsiswa kne buat?ade hak ke kite ni?


Persoalan yg sering mhsiswa utarakn ini sebenarnya ade jwpnnye..ye kita sbg mahasiswa punyai hak yg tersendiri..selangor mrupakan pnduduk yg teramai kt msia ni iaitu sbyk 5.1 juta pnduduk dan sbahagian drpd jum itu mrupakn golongan mahasiswa itu sendiri..adekah sekadar blajar semata2 di ipta/ipts cukup utk kita mmnberi sumbangan kpd kerajaan ngri?(pncinta ilmu kcikkn skop kpd krajaan ngri)sudah semestinya tidak! kita plu berperanan spt seorang pemimpin atau dengan kata lain MAHASISWA BERMENTALITIKAN PEMIMPIN..yaa tajuk inilah yg nak pncinta ilmu nk post kali ni..he2..mukaddimah yg pnjg barangkali..=)


Salah seorang panelis dlm slot forum iaitu pemikir siasah yg x asing lg bg msiswa, Ust Mior Isfandy ade mnyuarakn prkara ini..first of all kita plu mbina pmikiran kita dahulu utk mnjadi spt seorang pmimpin kelas pertama..tp pd pndapat pncnta ilmu mgkin susah utk terus mnjadi kelas pertama.kne mulakn dgn prlahan tp dgn 'speed' yg laju..kita plu doktrin diri kita utk mnjadi spt pemikiran pmimpin..pmikiran yg kritis dan kritikal utk mghasilkn sesuatu keputusan yg terbaik..cthnya dlm meeting kita selalu mmberi cadangan yg biasa utk mlaksanakan sesuatu..sbgi mhsiswa yg ingin brmentalitikn pmimpin kita come up dgn cadangan2 baru yg kreatif dan bernas..selain itu kita plulh menerima dan mmberi sesuatu kritikan dgn hati yg trbuka & lapang dada..bkn skadar mahu mnunjukkn kehebatan diri tp utk mncorakkan pmikiran kita dan shbt2 lain ke arah yg lbih baik & effektif..kita jadikn cth Nabi Muhammad saw ktika dlm perang badar yg mnerima pandangan anak buahnya & shbt dgn hati yg sgt terbuka..itulah gaya pemimpin yg sebenar..pncinta ilmu jadikn gaya kpimpimpinan Khatimul Anbiya' sbg idola utk mncorak pmikiran & kpimpinan pncinta ilmu sndiri..kadang2 susah utk kita mnerima kritikan org lain, tp sbg mhsiswa yg brmentalitikn pmimpin haruslah sedar matlamat kita dlm berorganisasi..teringat kata2 shbt pncinta ilmu, "put our emotion under our faith"..


Selain itu shbt2 sekalian, antara pndangan utk brmentalitikan pmimpin yg leh pncnta ilmu kongsikan ialah kita sbg mhsiswa plu mwujudkn kayu ukur sendiri @ batch mark yg jelas utk dri kita sndri..kita tahu apa mtlamat sebenar yg ingin kita capai dlm tempoh brgelar mhsiswa sbg prsediaan mghadapi dunia profesional akn dtg..prbaiki sgl klemahan yg ade utk mncapai target kita..sbg cth, utk pncnta ilmu khususnya,pd pringkat prmulaan organisasi kita letakkn dri kita utk mnjadi golongan yg mmbri idea @ think tank..kmudian bla naik tahun atau ke peringkat lbh tnggi kita brsedia utk mnjadi golongan yg mlaksanakn idea2 trsebut d samping mnjadi golongan grooming utk mnjadi pmimpin..dan seterusnya dperingkat trtggi kita pula mnjadi golongan umara' yg sntiasa brsedia mmbri arahan & mnerima pndangan dr ahli bawahan dmi mncapai sesuatu mtlamat dlm prjuangan.


Selain itu, utk mmberi lbh byk sumbangan & mndoktrin dri mnjadi pmimpin kita jg leh mgmbil bhgian dlm sesuatu pentadbiran krajaan ngri scara x langsung..cthnya, pncnta ilmu tertarik dgn satu cadangan dari panelis forum tntang kita sbg mhsiswa cube utk mmbuat satu draft tntang 100 Perubahan PR Selangor..kterlibatan mhsiswa scra xlgsg ini boleh mmberi impak yg besar kpd msiswa itu sendiri..satu prmulaan kecil yg baik akn mmberi hasil besar yg sgt brguna kpd mhsiswa itu sndri lbh2 lg2 hal2 yg mlibatkn kpimpinan..dan mhasiswa itu sndri haruslah berani mlaksanakn apa yg dicadangkn & dprkatakn..risiko mmg ada, tp risiko itu sndiri yg mematangkn corak pmikiran mhsiswa itu sndri..cthnya, dlm demonstrasi yg kebanyakkannya trdiri dri golongan mhsiswa plu btl2 faham & mnjiwai demo yg dsertainya..bkn skadar bersemangat melaungkn kata2 tp memahami konsep demo itu sndri dan pjuangan yg di intima'kn..situasi mhsiswa d Indonesia dlm dbrdemo tlh mnetapkn tiada pertimbangan antra hidup @ mati..mreka brsedia utk mghadapi plbgai kmungkinan..mksudnya andai dtakdirkn mati, mereka impikn mati sbg syuhada' dan andai nafas tidak terhenti lg prjuang plu dteruskn..bagaimana dgn kita mhsiswa d msia?bgaimana dgn dri pncinta ilmu sndri?sama2lah kita muhasabah dri..=)


Sebagai glongan intelektual yg brgelar mhsiswa kita plulh bangkit mncorak pmikiran kita dan dri kita sndri utk mnjadi pmipim yg brlandaskn syariat Islam utk memimpin sekalian mnusia& masyarakat..Allah mneyebut dlm Qur'anul Kariim :


"Orang2 yg kami bolehkan mereka mmerintah bumi, mereka mndirikan sembahyang, mereka mnunaikn zakat, dan mnyuruh kpd yg baik dan mncegah kmungkaran, dan bagi Allah shj akibat sgla urusan" (al-Haj :41)


Cuitan kata pencinta ilmu : Sedang dlm proses mmbentuk diri..(^_^)


Monday, March 2, 2009

assingments oh assignments VS diriku oh diriku


salam tarbiyah , salam ukhwah & salam juang.. n salam pantai timur gak wt shbt2 dr pntai tmur..he3

assingments oh assignments VS diriku oh diriku..hrmm..tatkala jari ingin mengetuk keyboard laptop ni, pncinta ilmu trpkir knp otak mmproses maklumat utk pncnta ilmu posting bnda ni??
hrmm mknanye ade smthg yg pncinta ilmu nk luah n share..(share la sgt, => )..

eh pncnta ilmu ni ade konflik identiti ke smpi wt tjuk d ats?oh sudah semestinya tidakk! cume pncnta ilmu rase identiti yg konflik mlanda pncinta ilmu skg ni..isyy, nazubillah, Allah tlh mncpta smua mnusia dgn smpurna..ahh sudah! jgn merepek wahai diriku!


sejak akhir2 ni trlalu byk assign yg dberikn oleh lecturer2..bse la 2.mmg da tugas mereka bg tugasan kt pljr, n mnjadi rugas pljr mnyiapknny dgn pnuh dedikasi..=)n pncinta ilmu pn sibuk mnyiapknny.pncnta ilmu ade ckit kesal coz ad 1 subjek 2 dbuat last minute..tp sibuk dgn pgram, meeting, liqa' bknla alasan konkrit utk wt assign last minute..tp sikap ske brtangguh kne ubah! hrmm, smpaikn program2 pn pncinta ilmu xgi..adekah pncnta ilmu btl2 mgalami konflik diri??jarang pncnta ilmu mgenepikan pgram2 amal jamaie & amal ijtimaie mse weekend ari tu..tp nak xnak pncinta ilmu trpaksa siapkn assig n homework..


mule2 dok siapkn assign 2 pncnta ilmu rase tension jer.."hrmm knapela wujudny sistem pendidikn yg prlunya student wt assign n mnduduki exam"? "knpa sistem pndidikn komanwel barat yg d agung2kn msuk dlm ngra msia"? smpi cm 2 skali pncnta ilmu pkir..he2..mmg tension la mse wt 2..tp lame2 pncnta ilmu muhasabah dri balek..dlm proses mnimba ilmu mmg kte sbgai mnusia biase akn d uji dgn pelbagai cabaran scra lgsung atau xlgsung, scra sedar atau sedar..harus d ingat bahawa mnuntut ilmu jg mrupakan satu jihad utk kta..jln mnuju jihad bknlah semudah mmbeli ikan d pasar(nk bli ikan pn ad mlalui byk proses)..hnya org yg gigih brusaha & kuat iman dpt mrasai nikmat jihad ni..(smg pncinta ilmu & shbt2 mrasainya)..jihad mnuntut ilmu bkn utk duniawi shj, tp utk bekalan kte kt akhirat kelak..itu yg pnting!


"
Dan barangsiapa mgkehendaki kehidupan akhirat dan brusaha ke arah itu dgn sungguh2,sedangkn dia beriman, maka mereka itulah yg usahanya dbalas dgn baik"..surah al-Isra' ayat 19.


pncnta ilmu trkenangkn bagaimana kisah imam ghazali yg sgt mncintai ilmu hngga snggup brbuat ape shj utk mndapatkn ilmu tnpa byk mrungut atau ade prasaan tension..........

Suatu ktika Imam Ghazali brsembahyg jemaah dgn adikny. Imam Ghazali mnjdi Imam mnkala adiknya menjdi makmum. Tiba-tiba semasa bersembahyang, adik Imam Ghazali mufarakah (keluar daripada menjadi makmum) dan bersembahyang sendirian.

Setelah selesai menunaikan sembahyang Imam Ghazali terus bertanya kepada adiknya: "Mengapa ketika bersembahyang engkau meninggalkan aku dan bersembahyang sendirian"


Lantas adiknya menjawab; "Bagaimanakah aku hendak bersembahyang denganmu. Aku lihat tubuhmu penuh bersalut darah. Lantaran itulah aku bermufarakah dan sembahyang sendirian"


Mendengar jawapan adiknya itu Imam Ghazali terus berfikir dan lantas teringat bahawa memang benar, pada ketika itu beliau sedang menulis tentang permasalahan haidh. Dan, memang benar juga, terdapat satu saat semasa beliau menunaikan sembahyang pemikiran beliau terbawa-bawa oleh apa yang sedang beliau tulis itu. Dan saat itu jugalah Allah zahirkan apa yang sedang beliau fikirkan itu ke mata adiknya sehingga adiknya melihat tubuh badannya dipenuhi dengan darah.


Imam Ghazali terkejut lantas bertanya kepada adiknya; "Bagaimanakah kamu berupaya untuk melihat hal yang ghaib? Beritahulah kepadaku dari siapa kamu belajar ilmu ini"


Adiknya kemudian menjawab; "Engkau tidak layak belajar dengannya. Engkau orang yang masyhur, sedangkan guruku ini orang biasa sahaja"


Imam Ghazali terus mendesak sehingga akhirnya adik beliau bersetuju untuk membawanya berjumpa dengan gurunya itu. Di pasar, mereka mendatangi seorang penjual daging. Lalu adiknya memberitahu itulah guruku.


Imam Ghazali terus berkata kepada penjual daging;"Tuan, saya mohon untuk belajar ilmu dengan Tuan"


Penjual daging menggelengkan kepalanya lalu berkata; "Aku tidak ada ilmu untuk mengajar kamu"


Imam Ghazali merayu sekali lagi; "Ajarlah saya. Ajarkanlah saya ilmu yang Tuan tidak ada itu"


Penjual daging tetap enggan menunaikan keinginan Imam Ghazali itu. Akhirnya Imam Ghazali berkata kepada penjual daging tersebut; "Ajarlah saya. Saya serahkan diri saya kepada Tuan seumpama mayat menyerahkan diri kepada si tukang mandi"


Penjual Daging kemudian berkata; "Baiklah, tanggalkanlah jubah kebesaran kamu itu (jubah yang dipakai Imam Ghazali kerana beliau merupakan orang tertinggi di Universiti Nizamiyyah). Sapulah meja tempat aku memotong dan menjual daging ini dengan jubahmu itu."


Tanpa berlengah lagi Imam Ghazali terus menunaikan kehendak penjual daging tersebut tanpa sedikitpun merasa terkilan. Setelah selesai, beliau berkata lagi kepada penjual daging; "Ajarkanlah aku ilmu"


Penjual daging kemudian berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"


Tepat selepas Subuh keesokan harinya Imam Ghazali sudah sedia menanti sipenjual daging di hadapan rumah. Sebaik sahaja melihat Imam Ghazali beliau terus menyuruhnya memotong rumput di kawasan rumah. Imam Ghazali terus akur tanpa terdetik di dalam hatinya sedikitpun rasa terhina. Selesai menyiapkan tugas yang dipinta oleh penjual daging, Imam Ghazali pun mendatangi beliau, lalu mengulangi kata-kata;"Ajarkanlah aku ilmu"


Penjual daging berkata;"Baiklah, esok datanglah ke rumahku selepas Subuh"


Sama seperti hari sebelumnya, sebaik-baik sahaja selepas Subuh Imam Ghazali sedia menunggu di hadapan rumah penjual daging. Melihatkan Imam Ghazali, penjual daging meminta pula beliau mencuci longkang di sekeliling rumahnya. Imam Ghazali tetap taat menuruti perintah penjual daging.


Setelah selesai, Imam Ghazali berkata kepada penjual daging;"Wahai Tuan, kerja yang Tuan suruh telah dilaksanakan. Ajarkanlah aku ilmu."


Penjual daging berkata lagi;"Baiklah, datanglah kembali selepas Subuh esok"


Keesokan harinya hal yang sama juga berlaku. Kali ini penjual daging meminta Imam Ghazali menimba najis dari tandas beliau. Tugas yang ini juga dilaksanakan tanpa terselit sedikitpun perasaan terhina dalam hati Imam Ghazali.


Apabila selesai penjual daging tersebut berkata; "Segala ilmu yang kamu mahu telah kamu dapat. Pulanglah."


Dalam perjalanan pulang Imam Ghazali terkejut kerana mendapati pandangannya telah tersingkap dan beliau dapat melihat hal-hal yang ghaib.


Pengajaran:


1. Kita melihat Imam Ghazali sebaik sahaja mengetahui tentang sesuatu ilmu terus sahaja beliau mencari dan mendatanginya serta berusaha untuk mendapatkannya tanpa berputus asa. Tidak pula beliau mengambil sikap menunggu ilmu itu mendatangi beliau.


2. Perkara lain yang boleh dipelajari ialah ketaatan Imam Ghazali terhadap arahan gurunya. Apabila diminta datang selepas Subuh, beliau menghadirkan diri tepat pada waktunya. Tatkala diminta membuat pelbagai perkara, beliau akur tanpa banyak bersoal jawab bahkan tidak terdetik pun di dalam hatinya perasaan musykil dan prasangka terhadap gurunya. Sikapnya yang tawaduk dan menyerahkan diri bulat-bulat seumpama mayat menyerah diri kepada si tukang mandi agar dapat dididik sepenuhnya oleh gurunya inilah yang mendorongnya untuk mentaati tiap perintah, membuat segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh gurunya.


3. Dalam mendidik, penjual daging tersebut menumpukan kepada mengikis sifat-sifat mazmumah seperti ego dan menanamkan sifat-sifat mahmudah seperti tawadhuk dalam diri anak muridnya. Sifat-sifat mazmumahlah sebenarnya yang menghijab ilmu yang ingin dialirkan daripada sampai ke hati. Manakala sifat mahmudah merupakan kunci kepada kefahaman ilmu. Apabila hati bersih, hati mudah menerima ilmu. Dan dengan hati yang bersih dari sifat mazmumah ini juga menjadikan hati itu semakin tenang dengan banyaknya ilmu dan bukannya semakin berserabut.


Hasil daripada itu kita dapat lihat mengalirnya keberkatan ilmu dari gurunya itu kepada Imam Ghazali. Sehingga beliau berupaya menghasilkan tulisan yang agung, dapat menghafal lebih 100,000 hadith dan digelar Hujjatul Islam.

Cuitan kata pencinta ilmu :ambk pgajaran dr kisah ini utk terus brsemangat mnyiapkn sume assign dgn hati trbuka & lapang dada..barulah ade kbrkatan ilmu..(",)



Sunday, March 1, 2009

Alhamdulillah...akhirnya!!


Salam pencinta ilmu dan kebenaran utk semua!! Akhirnya insan dhaif pencinta ilmu brjya gak wat blog baru setelah blog lame da kne "BLOCK"..(",)..sumenya anugerah Allah ats ksabaran pencinta ilmu dan sokongan shbt..thanz a lot 4 those who are give me support. Sesungguhnya tnpa sokongan,dorongan,harapan dan doa shbt2, xkan trlahirnya blog k2 pencinta ilmu..May Allah bless all of us..

Hrmmm...pencinta ilmu trfkir sejenak.....knp pencinta ilmu beria-ria nak ade blog gak??ke mana hilangnya blog lame?da dibawa arus sg Nil ke?atau trkubur brsama cinta Shah Jehan &isteri?atau mgkin juga hilang bgitu shja akibat godaman para hacker yg bgitu "licik" menggodam(btl ke istilah tu?huhu)?..hrmm susah gak psoalan ni..biarlah mnjadi rahsia pencinta ilmu n laptop..hehe..RAHSIA TETAP RAHSIA.. ape yg pnting,KERJASAMA!! eh x,ape yg pnting pncinta ilmu akn meneruskan prjuangn utk blog ADA APA DENGAN DUNIA yg baru ni..huu..doakn la ea mg pncinta ilmu akn trus Istiqomah "brblog"...

ok la, berbalik kpd prsoalan asal knp pncinta ilmu beria-ria atau sibuk nak brblog..adekh sebab nak tiru org lain yg da ade blog?atau sebab nk mnunjukkn bakat mnulis yg trpendam?atau nk mnyampaikn risalah Islam d alam maya ni?atau sbb ade shbt yg cabar utk bbrblog gak?ataupn sebab nk isi masa lapang?atau saje2 je? Hrmm persoalan yg tlh pncinta ilmu jwb sendiri..huhu..(^_^)

Pncnta ilmu ade wt survey dkalangan shbt2 yg ade blog ni..pncinta ilmu tnya dorang “KNPA SAYA ADA BLOG”..pelbagai teori dan jwpn yg dberikn..antaranya:

Respondent 1 > Sbb sy nk kongsi ssuatu pd org. biasanya sy tls tntg pngalaman sndri, hkmah khdpn dr observation sndri ap yg blaku d sekeliling, pemahaman dr ap yg dbaca. Pastu sy ske nk kongsi kt org pe yg sy bljr dlm subje sy, Psychology. Tu la yg sy tls dlm blog. Kdg2 bl tls pe yg kte bljr kt kls mnambah pmahaman kta lg ttg sbjk tu.yg pntg sy hrp org yg bc blog sy dpt benefit..

Respondent 2 > blog ni 1 method smpaikn dkwh, kt jarang ade ms utk smpikn pe yg kte tau. Oleh itu, blog slh 1 tmpt kt muahkn rsa dn bri idea n pndapat..xpndai la sy nk xplain cmner, tp bgus la wt blog ni..

Respondent 3 > mudah jer shbt, “erti hidup pd mmberi”..brdasrkn prinsip tu, kt nk share ape y kt tau dgn sume org..plg tidak msg dlm blog kt mmbri sdkit mnfaat pd org lain..

Respondent 4 > melepaskn prasaan suka, duka n prkongsian smthing..awat lak hang duk survey2 ni..(^_^)

Respondent 5 > i)as a medium 4 dkwh

ii) to express our feel regarding any issues.

iii) to share with others about the knowledge that we known

iv) to strengthen brotherhood among bloggers.

v) sharpen softskill

CUITAN KATA PENCINTA ILMU > Hrmmm, pncnta ilmu pn sependapat dgn klima-lima respondents..aja-aja fighting! mg pncinta ilmu trus Istiqamah..doaknla ea.(",)